Family Trip ke Langkawi – Part 3

Dah lama sangat rupanya aku tak sambung cerita ke Langkawi ni, silap-silap nanti terlupa jalan ceritanya. Maklum la, semuanya simpan dlm kepala je, bila dah penuh sabut dlm kepala, mana yg ingat je la yg lekat. He he heee…

Pagi ni, kami cuba bersarapan di gerai berhampiran tempat penginapan kami. Kebetulan bila ditinjau sblm ini, nampak macam ada pelbagai juadah untuk sarapan, termasuk la roti canai. So, kami pun cubalah. Aku ni spesis “no hal”, jadinya, no komen pasal makanan, asalkan kenyang, Alhamdulillah… cuma mertua aku ada rasa macam tak percaya dengan harga. Nak buat cemana, dah memang itu hakikatnya, kami dah bagitau awal sblm datang :D

Mengikut perancangan yang disimpan dalam kepala, pagi ni kami akan ke Kota Mahsuri, kawasan yang dikatakan adanya makan Mahsuri, seorang insan yang terkenal kerana kisah fitnah dan sumpahannya terhadap tanah Langkawi.

Makam Mahsuri pada masa ini (Januari 2012)

Melihat pada keadaan makam, maka tiadalah kelihatan sebarang perubahan yang telah dilakukan berbanding lawatan terakhir aku dulu. Sekitar lawatan kali ni, kami naik ke dalam Teratak Sri Mawat.

Ruang terdapatnya lakaran rupa Mahsuri. Papan apa yang terletak atas lantai tu?

Dah puas meronda dan bergambar kenangan seperti yang sebelum ini, maka kami pun bergerak ke lokasi seterusnya. Bagaimana pun, setibanya di kawasan luar, ada pulak yang buat perangai.

Budak kat wakaf tu seronok kat situ, dah takmo balik

Dah selesai dgn masalah tu, kami ke Padang Matsirat pulak. Sebelum ni masa baru sampai dah gi tapi sekadar untuk isi minyak kete je, kali ni baru nak buat lawatan yang perlu :D

Di pintu masuk ke kawasan beras terbakar

Ya, tujuan utama ke Padang Matsirat adalah untuk melihat tapak kawasan beras terbakar. Sebenarnya kawasan ini memang benar-benar sekadar kawasan sejarah kerana anda hanya dapat lihat tinggalan beras yang terbakar di dalam bekas yang diletakkan di kawasan tersebut. Tapak kawasan beras terbakar telah dipagar sebagai tanda tinggalan dan kini ditumbuhi rumput.

Oh ye, untuk pengetahuan bagi yang belum tahu, kawasan itu sebenarnya merupakan sebahagian tanah hak milik persendirian dan rumah yang ada di kawasan itu adalah rumah pemilik tanah tersebut. Pada kunjungan kali terakhir lalu baru aku tahu rupanya rumah itu adalah milik orang tua kepada seorang sahabat yang bekerja di Universiti Putra Malaysia (UPM) manakala isteri beliau merupakan sahabat sekolah kepada isteriku. Tak sangka betul! Macam biasa, bila dah sampai situ, adalah sedikit aktiviti membeli apa yang patut oleh mereka yang berkenaan sahaja :D

Dah settle semua urusan, bergerak pulak ke kawasan Pantai Chenang, nak ke The Zone, outlet bebas cukai. Dah sampai, jadi pak supir tunggu dalam kereta sebab ada penumpang cilik tidur pulak. Bila dah bangun, ajak dia masuk The Zone, muka takde mood je, baru bangun tido katakan… tapi bila tanya, “Nak tengok penguin ke?”, terus kata “Ya” dengan wajah segar. Alamak! Ni takde dalam plan ni… mengenangkan ini adalah keinginan anak, maka kami masuklah juga…

Rockhopper Penguin

Seperti yang dijangka, pada pandangan peribadi aku tarikan sedikit berkurangan kini di dalam Underwater World ini kesan daripada insiden kematian banyak ikan di tangki utama. Antara ikan yang mati yang dilaporkan dan aku masih ingat ialah seekor ikan jerung yang ketika itu menjadi antara ikan bersaiz besar yang ada di tangki utama. Apa pun, Alhamdulillah… anak-anak seronok, itu yang paling penting. Aku macam biasa, kepenatan berjalan selepas memandu. Pasni?

Tengok-tengok jam dah petang. Oh, kami ada temujanji petang ini. Dari Pantai Chenang kami terus menuju ke pekan Kuah pula. Kami dah sampai sini pada petang hari ketika baru sampai Langkawi, ni kena return ke Kuah. :D

Tujuan utama nak jumpa sepupu yang sedang jalani latihan praktikal dengan agensi pelancongan kat sana. Sambil itu, macam biasa, seperti sebelum ini, biasanya untuk malam terakhir, kami akan cuba untuk nikmati makan malam yang lebih seronok daripada biasa. ;)

Di hadapan Bamboo Beach Restaurant

Sebelum ni, tiap kali kami ke Langkawi, kami pasti makan malam di Cocoa Beach Restaurant yang terletak di tepi pantai berhampiran dengan airport. Malangnya pada kunjungan terakhir kami sebelum ini Cocoa Beach telah bertukar menjadi Cocomo dan tidak memenuhi selera kami. Maka wife cadang ke sini atas pengalaman family sepupu sebelum ini.

Panjangnya lah coretan kali ni. Dah bukan coret dah ni, dah jadi mcm bebelan plak. Sorry ye… disingkatkan cerita, lepas selesai semua, kami pun pulang.

Apa pun, kami seronok di tempat ni dengan pemandangannya selain masakannya… cuma kali ni missed nak try masakan lobster! Adesss…

Perkampungan nelayan di kawasan berhampiran

Masakan yang dipesan pada malam tersebut

Posted in Anak-anak, Family | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | 8 Comments

SONGLAP (2011) DVDrip, AVI, MKV, RMVB, MediaFire

Sinopsis:
Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.

Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia.

Apabila adik RAZAK, HAWA (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut.

Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

Pelakon:
Shaheizy Sam, Sara Ali, Syafie Naswip

MKV (377MB)

  1. Part 1
  2. Part 2

AVI (700MB)

  1. Part 1
  2. Part 2
  3. Part 3
  4. Part 4

Nota: I’m not the uploader of the file(s), I’m only sharing the link that I found from somewhere else

Posted in 2011, Malaysia Movie, Movie Melayu | Tagged , , , , | 5 Comments

WIKIPEDIA for World Heritage – WIKIPEDIA untuk Warisan Dunia

Logo Wikipedia untuk Warisan Dunia

Anda pernah dengar perkataan Wikipedia? Anda tahu apa itu Wikipedia? Anda pernah melihat-lihat Wikipedia?

Bagi yang tiada sebarang jawapan “Ya” untuk persoalan di atas, saya cuba kongsikan sedikit maklumat berkaitan Wikipedia.

Sebagaimana yang ditulis di laman utama, Wikipedia merupakan sebuah ensiklopedia bebas yang boleh disunting oleh sesiapa jua. Anda boleh cuba melihatnya di sini. Atas dasar itu, saya telah menjadi salah seorang daripada penyumbangnya melalui pembukaan artikel baru selain menjadi antara editor artikel sedia ada.

Kini Wikipedia sedang menjalankan petisyen agar Wikipedia diterima sebagai Laman Web Warisan Budaya digital dan global yang pertama di dunia. Saya telah pun menandatangani petisyen tersebut. Bagi yang ingin menyokong (saya amat alu-alukan), boleh berbuat demikian di sini. Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan petisyen tersebut, sila klik link ini.

Posted in General | Tagged , , , , | 2 Comments

Family Trip ke Langkawi – Part 2

Hari Selasa, hari kedua kami di Langkawi. Lepas bersiap-siap, dengan anak-anak yg berkobar-kobar nak merayau, kami keluar ke Padang Matsirat untuk bersarapan. Kali ni sarapan nampak kurang meriah plak pilihan yang ada. Takpelah, janji kenyang sebelum ke Cable Car mengikut perancangan.

Dari Padang Matsirat, kami melalui depan Perdana Beach dan Langkawi Lagoon Resort untuk ke sana. On the way, lepas Tanjung Sanctuary Beach Resort, macam biasa, kami singgah di Telaga Harbour Park, tempat pelayar park yatch mereka.

Antara perahu dan kapal layar yang ada di Harbour Park

Perahu layar untuk dijual. Anda berminat? :D

Dah puas tengok kapal layar dan bergambar, barulah OK nak bergerak ke Oriental Village. Aik, tadi kata nak ke Cable Car, nape lak ni ke Oriental Village? Sebenarnya khidmat Cable Car tu dalam kawasan pelancongan dipanggil Oriental Village :D

Bergambar dulu sebelum masuk

OK lah, sambil nak menuju ke kaunter Cable Car, boleh la jalan-jalan dulu tapi kedai masih ditutup sebab kami sampai awal. Aku memang akan datang ke sini awal pagi sebabnya nak elak Q yang panjang masa nak beli tiket, juga masa nak naik cable car lepas beli tiket. Kalo sendirian berhad takpe la, ni dengan anak-anak, penat wooo nak layan kerenah kalo dia melalak sebab tak sabar nak naik. Sampai je kat area counter, tengok pekerja selamba jer muka. Tanya punya tanya, laaa… ditutup sementara untuk dua hari, hari ni dgn esok sbb nak buat maintenance. Alamak! Plan terpaksa diubah. Sudahnya ronda-ronda sekejap sebelum proceed ke next point – Wildlife Park. Yeah! Anak-anak mesti suka

Monyet liar yang mencari makanan di Oriental Village

Kali ni dari Oriental Village, aku guna laluan Jalan Teluk Yu. On the way tu ada la nampak kilang simen milik Kedah Cement. Kami juga melepasi Kompleks Kraf Langkawi, tak singgah sebab takde apa yang menarik pada kami. Bila jumpa roundabout, kami amik laluan Jalan Air Hangat. Tiba-tiba terperasan ada Galeri Perdana, galeri yang menempatkan pelbagai hadiah yang diterima oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Yang ni memang kena singgah la sebab aku tak pernah tengok apa yang beliau pernah terima sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia

Antara koleksi barangan diterima Tun Mahathir

Aku rasa penat betul nak habiskan tengok koleksi dalam galeri ni. Apa tidaknya, ingatkan tak besar mana, rupa-rupanya umpama ada 4 bangunan berasingan untuk diletakkan koleksi mengikut kumpulan jenis barangan.

Antara kenderaan yang dipamerkan di dalam galeri

Sebagai penutup, kami singgah sebentar melihat perahu yang ada diletakkan di luar galeri. Malangnya tidak dibenarkan naik – tangga pun tak disediakan untuk tujuan tersebut

Bahtera Purba

Dah lama sangat rasanya kat sini. Jom gerak ke Bird Paradise pulak! Kesian kat anak-anak, takut ilang excitement dia nanti.

Kat Wildlife Park ni memang seperti namanya, ada pelbagai haiwan diletakkan di sini seperti di zoo cuma konsep sedikit berbeza – boleh didekati, kalo tak berbahaya dan dibenarkan beri makan

Burung ini sedang mematuk makanan di tangan

Memberi makan kobis tanpa rasa takut

Dah puas dan penat merayau sehingga melepasi waktu makan tengah hari, akhirnya kami bergerak pulang untuk makan tengah hari dan berehat, terutama untuk anak-anak. Yang tak bestnya, bila sampai apartment, budak-budak ni bantai melepak pulak, bukan nak tido. Akhirnya lepas solat ‘Asar, kami bersiar-siar di Awana Porto Malai. Tau kan, tempat ni jadi pangkalan ketika Datuk Azhar Mansor membuat pelayaran solo beliau.

Star Cruise yang sedang berlabuh

Bersantai mengalahkan orang yang menginap kat situ plak!

Posted in Anak-anak, Family | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | 4 Comments