Family Trip ke Langkawi – Part 3

Dah lama sangat rupanya aku tak sambung cerita ke Langkawi ni, silap-silap nanti terlupa jalan ceritanya. Maklum la, semuanya simpan dlm kepala je, bila dah penuh sabut dlm kepala, mana yg ingat je la yg lekat. He he heee…

Pagi ni, kami cuba bersarapan di gerai berhampiran tempat penginapan kami. Kebetulan bila ditinjau sblm ini, nampak macam ada pelbagai juadah untuk sarapan, termasuk la roti canai. So, kami pun cubalah. Aku ni spesis “no hal”, jadinya, no komen pasal makanan, asalkan kenyang, Alhamdulillah… cuma mertua aku ada rasa macam tak percaya dengan harga. Nak buat cemana, dah memang itu hakikatnya, kami dah bagitau awal sblm datang :D

Mengikut perancangan yang disimpan dalam kepala, pagi ni kami akan ke Kota Mahsuri, kawasan yang dikatakan adanya makan Mahsuri, seorang insan yang terkenal kerana kisah fitnah dan sumpahannya terhadap tanah Langkawi.

Makam Mahsuri pada masa ini (Januari 2012)

Melihat pada keadaan makam, maka tiadalah kelihatan sebarang perubahan yang telah dilakukan berbanding lawatan terakhir aku dulu. Sekitar lawatan kali ni, kami naik ke dalam Teratak Sri Mawat.

Ruang terdapatnya lakaran rupa Mahsuri. Papan apa yang terletak atas lantai tu?

Dah puas meronda dan bergambar kenangan seperti yang sebelum ini, maka kami pun bergerak ke lokasi seterusnya. Bagaimana pun, setibanya di kawasan luar, ada pulak yang buat perangai.

Budak kat wakaf tu seronok kat situ, dah takmo balik

Dah selesai dgn masalah tu, kami ke Padang Matsirat pulak. Sebelum ni masa baru sampai dah gi tapi sekadar untuk isi minyak kete je, kali ni baru nak buat lawatan yang perlu :D

Di pintu masuk ke kawasan beras terbakar

Ya, tujuan utama ke Padang Matsirat adalah untuk melihat tapak kawasan beras terbakar. Sebenarnya kawasan ini memang benar-benar sekadar kawasan sejarah kerana anda hanya dapat lihat tinggalan beras yang terbakar di dalam bekas yang diletakkan di kawasan tersebut. Tapak kawasan beras terbakar telah dipagar sebagai tanda tinggalan dan kini ditumbuhi rumput.

Oh ye, untuk pengetahuan bagi yang belum tahu, kawasan itu sebenarnya merupakan sebahagian tanah hak milik persendirian dan rumah yang ada di kawasan itu adalah rumah pemilik tanah tersebut. Pada kunjungan kali terakhir lalu baru aku tahu rupanya rumah itu adalah milik orang tua kepada seorang sahabat yang bekerja di Universiti Putra Malaysia (UPM) manakala isteri beliau merupakan sahabat sekolah kepada isteriku. Tak sangka betul! Macam biasa, bila dah sampai situ, adalah sedikit aktiviti membeli apa yang patut oleh mereka yang berkenaan sahaja :D

Dah settle semua urusan, bergerak pulak ke kawasan Pantai Chenang, nak ke The Zone, outlet bebas cukai. Dah sampai, jadi pak supir tunggu dalam kereta sebab ada penumpang cilik tidur pulak. Bila dah bangun, ajak dia masuk The Zone, muka takde mood je, baru bangun tido katakan… tapi bila tanya, “Nak tengok penguin ke?”, terus kata “Ya” dengan wajah segar. Alamak! Ni takde dalam plan ni… mengenangkan ini adalah keinginan anak, maka kami masuklah juga…

Rockhopper Penguin

Seperti yang dijangka, pada pandangan peribadi aku tarikan sedikit berkurangan kini di dalam Underwater World ini kesan daripada insiden kematian banyak ikan di tangki utama. Antara ikan yang mati yang dilaporkan dan aku masih ingat ialah seekor ikan jerung yang ketika itu menjadi antara ikan bersaiz besar yang ada di tangki utama. Apa pun, Alhamdulillah… anak-anak seronok, itu yang paling penting. Aku macam biasa, kepenatan berjalan selepas memandu. Pasni?

Tengok-tengok jam dah petang. Oh, kami ada temujanji petang ini. Dari Pantai Chenang kami terus menuju ke pekan Kuah pula. Kami dah sampai sini pada petang hari ketika baru sampai Langkawi, ni kena return ke Kuah. :D

Tujuan utama nak jumpa sepupu yang sedang jalani latihan praktikal dengan agensi pelancongan kat sana. Sambil itu, macam biasa, seperti sebelum ini, biasanya untuk malam terakhir, kami akan cuba untuk nikmati makan malam yang lebih seronok daripada biasa. ;)

Di hadapan Bamboo Beach Restaurant

Sebelum ni, tiap kali kami ke Langkawi, kami pasti makan malam di Cocoa Beach Restaurant yang terletak di tepi pantai berhampiran dengan airport. Malangnya pada kunjungan terakhir kami sebelum ini Cocoa Beach telah bertukar menjadi Cocomo dan tidak memenuhi selera kami. Maka wife cadang ke sini atas pengalaman family sepupu sebelum ini.

Panjangnya lah coretan kali ni. Dah bukan coret dah ni, dah jadi mcm bebelan plak. Sorry ye… disingkatkan cerita, lepas selesai semua, kami pun pulang.

Apa pun, kami seronok di tempat ni dengan pemandangannya selain masakannya… cuma kali ni missed nak try masakan lobster! Adesss…

Perkampungan nelayan di kawasan berhampiran

Masakan yang dipesan pada malam tersebut

This entry was posted in Anak-anak, Family and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

8 Responses to Family Trip ke Langkawi – Part 3

  1. remyhazza says:

    betul tu bagusnet….
    underwater world langkawi dh tak semeriah dulu…..
    teringat2 jerung yg besar nga ikan kerapu giant tu……besar sangat
    nak lalu dlm cermin pun seriau jer…..
    skrg sunyi jer kt dlm tu……

  2. Empayarutama says:

    Tiket makin mahal ke makin murah? Last aku pergi underwater world tu sepuluh tahun dulu

    • baguznet says:

      Tiket based on my last visit masih sama bro, 3dewasa dgn 2 kanak-kanak = RM120. Cuma daya tarikan rasanya better aquaria lagi at this moment. Ni personal opinion la

  3. CikGu Ma says:

    tak penah masuk underwaterworld….langkawi pun penah sampai sekali ja…tu pun sponsor..hhe

    spontan K

  4. Kancil says:

    last kali kancil datang pada tahun 2002…ndak pasti lagi bila nak datang ke sana lagi…apapun melihat gambar pun dah cukup

    • baguznet says:

      apa kata tahun ni pergi le Langkawi lagi? :D
      saya pun dah lama ndak ke Sabah, x pasti bila dpt ke sana lagi
      di mana blh saya dpt peta lengkap Sabah?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>