Cara Menguruskan Uri Anak Baru Lahir

Bagaimana cara menguruskan uri anak baru lahir?

Dah lama jugak aku dok mencari pasal cara menguruskan uri anak baru lahir ni, terutama buku-buku rujukan tapi dalam buku tulisan Dato’ Ismail Kamus pun aku tak jumpa hal berkaitan cara menguruskan uri anak baru lahir ini. Dalam hal-hal berkaitan anak di peringkat bayi, sejak dari kelahiran, perkara yang ada disentuh adalah berkaitan azan dan iqamah pada bayi, perihal mencukur rambut dan tahnik, khitan dan aqiqah.

Aku mula terfikir, apa yang disarankan oleh orang tua tentang cara menguruskan uri anak baru lahir, atas dasar apa sebenarnya? Usah lakukan sesuatu tanpa sebab yang menyasari amalan agama. Jika tiada panduan agama, pada aku cukuplah sekadar diuruskan sebagai menghormati, bukan sehingga ke tahap yang mungkin boleh menjurus kepada perkara yang syirik. Bermakna cara menguruskan uri anak baru lahir hanyalah sekadarnya kerana sebagai menghormati.

Apa pun, aku cuba juga cari-cari di internet dan di bawah aku kongsikan sedikit penemuan aku berkaitan cara menguruskan uri anak baru lahir.

Antara cara menguruskan uri anak baru lahir yang ditemui:

TIP2  Menguruskan URI Langkah Demi Langkah… :)
  • Dengan lafaz BISMILLAH bilas uri dengan air suci lagi menyucikan iaitu air paip/air sungai yg mengalir atau yg sewaktu dengannya sehingga tiada lagi darah mengalir dari uri tersebut.
  • Bilas dengan air asam jawa untuk menhilangkan bau hanyir.
  • Letak uri di atas kain kapas putih bersih. Lebar/besar kain cukup2 untuk membungkus uri…
  • Taburkan garam kasar dan asam keping di atas uri. Kemudian bungkus uri dan ikat bungkusan (menggunakan hujung kain)
  • Gali lubang tanah sedalam kira2 sekaki setengah (jarak atas bungkusan dengan permukaan atas tanah kira2 sejengkal tangan orang dewesa). Luas lubang sekadar cukup untuk bungkusan uri tersebut. Alaskan dasar lubang menggunakan papan (apa2 saja bahan yg mudah reput dan hancur). Letakkan uri di atas papan tersebut. (Papan tersebut boleh juga diganti dengan temburung kelapa, jika ada..ini lagi baik).
  • Taburkan antara 5 hingga 7 batang paku rumah di atas kain bungkusan. Seelok2nya guna paku yg masih elok (bukan yg telah bengkok dan berkarat..tak mahu). Selepas itu, timbus kembali lubang menjadi permukaan tanah yg rata.
  • Selesai menimbus lubang, menghadaplah ke arah kiblat. Sedekahkan doa Al Fatihah, Ayat Kursi dan 3 Qul dengan niat memohon pertolongan ALLAH supaya uri dan bayi kita dilindungi dari gangguan iblis, syaitan dan jin.
Sudah selesai….
Lagi tip seelok2nya tanam uri berdekatan dengan surau atau masjid. Tempat di mana insan selalu azan dan mendirikan solat.
Pengurusan uri dikatakan mempengaruhi keadaan bayi yg baru lahir dan sedang membesar…
Berdasarkan pengalaman beberapa orang kawan yg tersalah urus uri seperti betul pengurusan uri memang mempengaruhi bayi.
Cerita 1 : suami kawan neh tanam uri tanpa membasuh uri. Bayi mereka mengalami sawan tangis. Asyik menangis saja dalam tempoh melebihi 6 bulan. Letih dan kena berjaga malam. Doktor kata memang dah perangai dia macam tu. Ustaz kata urinya kena ganggu…
Cerita 2 : suami seorg lagi kawan, suaminya menanam uri di kawasan sejuk iaitu di kawasan laluan mata air. Anakya asyik mengalami kembung perut. Sudah tentulah asyik menangis…hishishis
Cerita 3 : cerita aku la…Alhamdulillah. Tip pengurusan uri  di atas suamiku amalkan. Kedua2 org anakku memang tidak banyak kerenah. Tiada menangis malam. Tiada masalah kembung perut walaupun tidak memakai barut (alas perut). Bawa jalan2 pun tidak banyak kerenah.
Apa2 pun ALLAH lebih mengetahui dan Maha berkuasa.  Kita hanya mampu berusaha + berdoa + tawakkal :)

Selamat mencuba…

Sumber: Muslimah Hari Ini

Ini yang kedua carian cara menguruskan uri anak baru lahir

Cara Mengurus Uri

Salam

Oleh kerana saya bakal menjadi ayah :clap, buleh tak tuan2 sheikh panel al-ahkam menjawab persoalan ini.

Uri bayi itu bagaimana untuk menguruskannya, adakah amalan dari sunnah atau dari hukum fekah yang perlu saya patuhi. Ada yang saya dengar macam2, tak buleh bercakap masa menanamnya, tak boleh pandang sekelilinglah. Harap boleh bantu saya yer…

Jazakallah

Salam

Tahniah ke atas rezeki yang Allah kurniaan kepada saudara. Kami di al-ahkam mendoakan agar saudara keluarga sentiasa berada di dalam bahagia dan tenang. Insya Allah..

——–

Amalan sekitar uri itu tidak ada perbahasan langsung dalam kitab2 sunnah. Ia adalah adat Melayu sahaja yg tiada sandaran dari asSunnah.Uri adalah najis dan hendaklah di tanam sebaik sahaja diserahkan oleh bidan tanpa melakukan sebarang amalan sampingan kerana tidak ada keterangan dari alQur’an maupun asSunnah menyuruh berbuat demikian. WA.

Sumber: SolatJemaahJumaat – Koleksi Soal Jawab Fiqh

Satu lagi penemuan berkenaan cara menguruskan uri anak baru lahir

nie apa yang di ajarkan semasa aku bertanya dgnm seorang tsaudara tua aku……….

dia kata uri perlu di basuh
di hilangkan darah semuanya………
semasa di basuh perlu berselawat dan juga zikir
sepanjang membasuh uri tersebut insyaalah darah akan mudah hilang dan berhenti

lepas2 perlu di tanam
terbaik uri nie di uruskan oleh orang-orang yang arif
supaya di uruskan dgn cara terbaik
yang afdalnya di urus oleh bapa si bayi
tapi kena ah belajar dulu cara pengurusannya

semasa menanam uri
si bapa perluah berpakaian yang bersih dan rapi serta menutup aurat
sesetengah pendapat perlu di azankan sebelum di tanam
kalau ikut panduan petua orang lama2
ada banyak cara menguruskan uri lelaki dan uri bayi perempuan

rasanya pendapat ini ada juga kebenarannya
sbb kita perlu mengazankan dan mengiqamahkan pada bayi yang baru lahir sbb memerdengarkan kebesaran allah sebelum ianya terdengarnya ajaran syaitan…

emmmm
ada tak pendapat2 lain
ada ke petua2 yang pernah kita dengar
tentang pengurusan bayi………

emmm
selagi ia tak menyalahi hukum agama
dan menyalahi akidah
mari lah kita berkongsi ilmu tersebut

—————————————

Wajib ke tanam uri bayi tu?

DIkirim oleh mohd masri di Januari 19, 2008

Assalamuallaikum wr. wb.

Pak, Ustaz,

saya mahu bertanyakan tata cara menguburkan uri bayi secara syar’i. Mohon perinciannya Ustaz, ini kerana isteri saya sebentar lagi akan melahirkan anak kami yang pertama.

Waallaikumsalam wr. wb..

Alfari
Jawapan

Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Tidak ada aturan dalam syariah Islam tentang menguburkan uri bayi. Sedangkan kepercayaan bahawa uri mesti diuruskan dengan cara tertentu, kerana berpengaruh kepada bayi, hanyalah kepercayaan kosong yang tidak ada dasarnya dalam syariah.

Kala kepercayaan ini diteruskan, pelakunya boleh terjerumus ke dalam lembah syirik. Risikonya tentu sangat besar, kerana orang yang mati dalam keadaaan syirik, dosa-dsoa yang dibawa mati tidak akan diampuni.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.(QS. An-Nisa’: 48)

Kerana itu jangan sampai iman kita gugur hanya kerana kepercayaan salah tentang uri bayi. Cukup dibuang atau dikubur dengan niat agar kalau membusuk, tidak membahayakan manusia. Sama halnya dengan mengubur bangkai, perlu dikubur bukan kerana takut bangkai itu menjelma menjadi syaitan, tetapi agar tidak terjadi pencemaran.

Cara yang paling aman dan mudah adalah dengan menguburnya di dalam tanah. Demikian juga uri, boleh hukumnya untuk dikuburkan di dalam tanah. Tapi haram hukumnya kalau diikuti dengan beragam kepercayaan terhadap mitos-mitos tertentu tentang uri bayi itu.

Wallau a’lam bishshawab, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Ahmad Sarwat, Lc.

Sumber: Forum BicaraJutawan

Jadi, bagaimana cara menguruskan uri anak baru lahir? Kalau diteliti petikan-petikan di atas, sebenarnya tiada sebarang panduan yang benar-benar jelas. Cuma kedapatan bahawa adalah disarankan cara menguruskan uri anak baru lahir ialah dengan mencuci bersih dan kemudian ditanam dengan elok agar terhindar dari sebarang serangan binatang. Seumpama kita menguruskan jenazah, perlu diurus sehingga tidak mampu menimbulkan sebarang serangan binatang.

Dah tahu cara menguruskan uri anak baru lahir?

Incoming search terms:

This entry was posted in Anak-anak, Family and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

9 Responses to Cara Menguruskan Uri Anak Baru Lahir

  1. Adam says:

    Salam, setahu saya tiada ajaran dalam agama Islam kita untuk menanam uri dengan paku, benang atau alat-alat tulis mahupun sebarang barang-barang yang lain. Sebaiknya ditanam begitu sahaja samada berbungkus dengan plastik atau kain asalkan ianya bersih dan ditanam untuk mengelakkan daripada dikorek semula oleh binatang seperti anjing etc.

    Tiada juga ajaran untuk meng-azan-kan uri. Azan hanya pada bayi yang baru lahir & bila masuk waktu solat.

    Harap kita semua rujuk pada orang alim (orang berilmu) seperti ustaz dan pihak hospital yang lebih mahir dalam menguruskan uri dan hal perihal sekitar bayi & urusan selepas bersalin.

    Wallahualam.

  2. Empayarutama says:

    Memang ada panduan dari orang tua tua dan aku buat ikut logik akal saja.

    - Bila bayi lahir bersama uri dan uri itu benda mati; aku anggap ia sebahagian dari anggota bayi yang perlu diurus sebaik mungkin.
    a. Orang tua tua berkata uri ini mempengaruhi proses tumbesaran bayi yang masih dalam hari kerana semasa dalam kandungan, uri itulah yang membungkus badan bayi dari janin hingga lahir.
    b. Ada juga yang berkata hanya satu sahaja uri dan ia akan kembali ke perut ibu untuk bayi kedua dan seterusnya, wallahualam.

    - oleh kerana ianya daging, jadi untuk elakkan hanyirnya berbau dan mudah di hidu atau di gali oleh haiwan; sewaktu mencuci samalah seperti menghilangkan hanyir ikan iaitu bilas dengan air asam jawa. Garam sebagai pemangkin untuk kuatkan pengaruh asam jawa kurangkan bau hanyir itu.

    - seeloknya dibawa balik dan ditanam sebab dengar cerita kosmetik dan beberapa ubatan dipercayai dicampur dengan uri. Tak naklah aku uri tu jadi bahan ujikaji mereka yang berminat hahahahahahah.

    - agak agaklah mungkin nanti dapat ramai anak; jadi lepas tanam aku tanda dengan pokok. Binatang pun tak gali dan pokok tu nanti berbuah budak-budak tu juga yang belasah, kannnn?

    - oh ya, aku bungkus dengan kain putih nampak bersihlah dan masukkan dalam periuk tanah nampak cantik je tapi tak adalah bekalkan paku. Paku dah habis buat bertukang ^_^
    Empayarutama recently posted..Berat Mata Memandang – Suratan Atau Kebetulan 2My Profile

  3. Uri itu ari-ari bukan ya…
    Software Toko Program Kasir Terbaik recently posted..Software Toko Program Kasir TerbaikMy Profile

  4. hamba allah says:

    just nk beri ingatan.yg menanam paku semua tu adalah syirik boleh rujuk jabatan agama.tq

  5. Pingback: Menanam uri | Jaysbilliards

  6. Aida Awie says:

    salam, bru2 ni sy pernah menguruskan uri jiran sy yg bru bsalin. dr situ dpt la pengalaman sikit2. wlaupn cma jd pmbantu cik yah je. uri kena cuci spy bb xbkudis ktnya. hr tu kami tnam dlm tempurung tp xde la letak paku2 ke apa ke. mak cik ckp tu semua kpercayaan org dlu2. ckp la kta selawat dan bdoa pd Allah spy tiada makhluk y ganggu uri tu. dan sy pn nk kongsi 1 cerita. mak sy kt bdn yg smbut adk sy dlu kt uri ni akn kembali sml ke dlm rhm ibu. utl bktikan kt2nya, bdn tu ikat benang kuning kt uri sblm tanam. bla adk ke3 sy lhr, mmg bdn y smbut tu kata ada benang kuning kat uri mak sy.mak bru teringat n percaya kt2 bdn tu.
    Aida Awie recently posted..Pokok Kari Mati Meninggalkan WarisMy Profile

  7. Kancil says:

    info yang berguna

  8. remyhazza says:

    thanks kasi info nie bro….berguna utk remy satu hari nanti……….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Tick kotak ini untuk promote blog anda secara percuma ;)