Pernah dengar mitos berkenaan buah markisa?
Saya masih baru dalam hal pokok dan buah markisa atau passion fruit, jadi dari semasa ke semasa cuba jugalah mencari maklumat-maklumat tambahan berkenaan penanaman pokok dan buah markisa ni. Tambahan pulak sebelum ni ada pulak rakan yang menyebut tentang sos markisa atau passion fruit sauce. Makinlah galak nak buat research.
Apakah mitos berkenaan buah markisa?
Di bawah ini adalah senarai mitos berkenaan buah markisa. Maklumat ini saya ambil dan cuba alih bahasa dari laman Fruits of Whitsunday
- Buah markisa adalah baik apabila berkedut
- Buah markisa lebih bernilai ketika bersaiz kecil
- Buah markisa variety lain lebih manis berbanding buah markisa Panama (Panama passion fruit)
- Buah markisa perlu dikutip bila di atas tanah.
Memang sebenarnya segala perkara di atas adalah mitos berkenaan buah markisa semata-mata. Sebenarnya, buah markisa atau passion fruit adalah enak dimakan ketika masih segar atau fresh tanpa sebarang kedutan pada buah. Malahan jus markisa (passion fruit juice) atau sos markisa (passion fruit sauce) dibuat daripada buah markisa yang segar. Jika buah markisa terdapat kedutan bermakna buah tersebut telah mula dehidrat.
Buah markisa yang bersaiz kecil sebenarnya boleh dianggap sebagai buah yang masih mentah atau belum matang. Oleh demikian, buah tersebut belum sesuai untuk dimakan. Maka adalah suatu maklumat yang salah jika hendak dikatakan saiz buah memainkan peranan. Malahan ada kajian mendapati, jenis markisa yang menghasil saiz buah yang lebih besar sebenarnya mempunyai isi dan serat yang lebih banyak berbanding kulit buah itu sendiri.
Di dalam hal buah markisa yang berada di atas tanah, ini bermakna kita perlu menunggu buah markisa tersebut gugur baru boleh diambil. Dalam keadaan ini sebenarnya buah markisa tersebut telah terlalu ranum atau mungkin dalam keadaan mula hendak rosak. Malahan buah yang telah gugur sebenarnya telah mula terdedah kepada pelbagai jenis kotoran dan jangkitan.
Jadi, adakah anda masih hendak percaya dengan mitos berkenaan buah markisa?
Incoming search terms:
- buah markisa (203)
- markisa (27)
- buah (17)
- passion fruit (15)
- pokok buah markisa (12)
- markisa buah (11)
- cara penanaman uri bayi (8)
- markisa passion fruit (7)
- air markisa (4)
- buah passion (4)
Hari ni terpikir pulak nak cari maklumat khasiat buah markisa ni… baru minum air markisa yang dibuek sendiri dari pokok yang ditanam dopan rumah… masa kocik-kocik dulu selalu buek air markisa ini… ambek dari pokok yang tumbuh liar dalam kampung rumah uwan den.. menjalar sampai atas pokok manggis. Tak sangka pula pokok ini asal dari luar negara… ko memang kat malaysia ni ada baka tempatan? tak tahu lak… maso duluuu.. minum air markisa sambil tunggu jemuran padi… Al-fatihah untuk arwah uwan dan atuk den
Sampai ada mitos yea
EmpayarUtama recently posted..Rasa Malulah Pulak
aduh..rupanya ada mitos juga buah nie
Kancil recently posted..Terima Hakikat
betul tu cikgu, saya pun x sangka
tak sangka ada mitos tersendiri ye bro !!!!
apa apa pun…susah nak percaya sangat…. sebab buah yg elok selalunya nampak fresh dan licin kulitnya…..
siap tadi pun remy mkn passion sauce… bersama pistachio tart
tu sebab dipanggil mitos
betul tu……
dengar boleh percaya susah sikit……he3
remyhazza recently posted..A380 Super truck Launching ceremony
Kat rumah ada tanam pokok markisa. Tapi tak tau la pulak ada cerita mitos ni.
Cikgu Hairul recently posted..Apabila Maksiat Semakin Biasa
sama la kita… saya pun baru terjumpa
ya terima kasih kerana meyakinkan aku tentang nama markisa itu.nak buat post tentang pokok yang aku tanam ini
onlajer recently posted..15 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak
jgn lupa share posting tu nanti ye!
baru tahu ada mitos macam tu, tahu buah ni memang sedap kalau cukup masak dan susah sikit nak dapat.
betul tu, saya sendiri terasa buah ni susah dapat, x pasti kenapa tapi mmg yg saya pernah rasa, kordial markisa memang sedap