Tanam Pokok Pegaga untuk Nikmati Khasiatnya

Jom kita tanam pokok pegaga untuk nikmati khasiatnya :D

Dulu pernah cuba tanam pokok pegaga untuk nikmati khasiatnya. Malangnya selepas pokok ini menjalar sedikit, akhirnya pokok ini mati. Kenalah usahakan semula. Mulalah mencari tapak yang sesuai untuk tanam pokok pegaga untuk nikmati khasiatnya. Akhirnya, selepas berlaku satu masalah lain, maka berjumpalah tapak yang sesuai untuk tanam pokok pegaga untuk nikmati khasiatnya (harapnya lah kan… :D )

Tanam pokok pegaga dan nikmati khasiatnyaItu adalah kawasan baru untuk pokok pegaga yang ditanam. Ada pokok lain masuk sama dalam patch ni. He he heee… ada sejarah nape jadik macam tu sebenarnya. Tapak itu asalnya cuba ditanam dengan bayam/sawi, dah tak berapa ingat. Bila dilihat hasilnya, rupanya kawasan tu tak berapa sesuai untuk sayuran tersebut. So, tak kan nak biarkan kosong? Maka ditanamlah pokok bunga yang ada dalam gambar tu sebab masa dalam pasu nampak dah penuh. Lepas tu teringat insiden cubaan tanam pokok pegaga untuk nikmati khasiatnya tapi telah gagal. Maka akhirnya pokok pegaga ditanam di situ.

Alhamdulillah… dah 2 kali kutip. Setiap kali sekitar sebesen kecil. Dah sorang je yang melayan benda ni :D Yang nampak lompong tu sebenarnya kesan pegaga telah dituai hasilnya. Biasa buat ulam, makan dengan nasi. Ada kala ratah macam tu jer… he he heee… cuma baru-baru ini tukar style sikit – buat air pulak ;) tapi ada terbaca, ada orang buat goreng tepung macam cendawan. Kena cuba nie…

Tanam Pokok Pegaga dan Nikmati KhasiatnyaHa! Kalau nak tanam pokok pegaga untuk nikmati khasiatnya secara diminum, gambar di atas adalah contoh air pegaga. Itu air pegaga asli, maksudnya air pegaga yang tidak dicampur apa-apa bahan lain. Kalau tahan dengan rasa asli pegaga, digalakkan minum macam tu je. Kalau tidak, bancuh la sket dgn air gula, bagi kurang rasa asal pegaga.

Kenapa patut tanam pegaga dan nikmati khasiatnya?

Jom kita tengok sikit info tentang khasiat pegaga nie. Info ini diambil dari laman kesihatan jbdirectory.com tapi sebelum itu jom tengok quote ini

“Pegaga disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai salah satu tumbuhan ubatan yang terpenting untuk dipulihara dan ditanam.”  —  Herbs: The Green Pharmacy of Malaysia

Sifat perubatan Pegaga

Pegaga dihargai kerana sifat-sifat perubatan nya yang berikut:

  • antibakteria dan antikulat
  • antikesuburan untuk mengurangkan kesuburan;
  • antimitotik untuk mencegah atau mempengaruhi pembahagian sel bagi pesakit barah
  • antipiretik untuk melegakan demam;
  • antiradang untuk mengurangkan keradangan;
  • antiresah untuk merawat keresahan;
  • antispasmodik untuk mencegah atau melegakan spasma otot;
  • diuretik untuk menggalakkan pengencingan;
  • hipotensi untuk menurunkan tekanan darah;
  • pembersihan darah; dan
  • sebagai racun serangga.

Kegunaan Pegaga dalam perubatan tradisional

Pegaga telah dirujuk sebagai ubat yang menyegarkan dan sering digunakan sebagai minuman penyejuk dan tonik otak. Daunnya boleh dimakan secara mentah atau dihiris lalu digoreng dengan kikisan kelapa. Daun pegaga dipercayai memanfaatkan ibu-ibu yang baru bersalin, serta juga memelihara kemudaan. Kerana rasanya yang pahit, pes dan jusnya sentiasa dicampur dengan madu yang sama banyak sebelum dimakan atau diminum. Di India, daun pegaga yang dikeringkan lalu ditumbuk dan dicampur dengan susu digunakan sebagai tonik herba serta untuk memperbaik daya ingatan. Bagaimanapun, jika terlalu banyak dimakan, daun mentah boleh mengakibatkan kepeningan. Pegaga juga dipergunakan untuk merawat:

Penyakit ringan:

  • luka berdarah, lebam, bisul, kudis, abses (pengumpulan nanah) dan luka ulser, dengan menggunakan tuam daun atau jus akar;
  • demam, dengan menggunakan pes yang diperbuat daripada daun tumbuk lalu disapu pada tubuh badan;
  • selesema;
  • hidung berdarah;
  • sakit kerongkong, keradangan kerongkong, dan batuk;
  • tembel, juga dikenali sebagai “ketumbit” (bintil kecil pada kelopak mata);
  • konjunktivitis (radang pada konjunktiva mata);
  • strok haba (kehilangan kesedaran kerana kegagalan mekanisme pengawal suhu tubuh yang mengakibatkan peningkatan suhu badan dan ketiadaan peluh);
  • ketakcernaan;
  • perembesan jus gaster yang berlebihan;
  • cirit-birit;
  • edema (kewujudan air yang berlebihan pada ruang antara tisu tubuh sehingga menyebabkan bahagian yang berkenaan kelihatan bengkak);
  • leukorea (pembentukan lendir putih atau kekuningan di salur serviks atau vagina);
  • ruam lampin dan ruam dubur bayi;

Penyakit yang lebih teruk:

  • beguk (bengkak pada leher kerana kelenjar tiroid membesar);
  • berak darah;
  • bronkitis (keradangan yang teruk pada tuib bronkus, akibat jangkitan atau kerengsaan salur pernafasan);
  • campak (penyakit yang mudah berjangkit yang dicirikan dengan demam, sesak hidung, batuk, konjunktivitis dan sebagainya, akibat virus rubela);
  • ekzema (radang pada kulit yang dicirikan dengan rasa gatal dan lecur);
  • enteritis akut (radang pada usus, terutamanya usus kecil, yang dicirikan dengan cirit-birit);
  • gigitan ular;
  • glaukoma (penyakit mata kerana tekanan di dalam mata yang boleh menjejaskan pelihatan);
  • hepatitis (penyakit radang hati yang disebabkan oleh jangkitan);
  • jangkitan saluran kencing dan karang ginjal;
  • kayap, juga dikenali sebagai “herpes zoster” (penyakit kulit yang berupa bintik-bintik merah dan gatal);
  • kusta (penyakit yang mengakibatkan anggota atau tubuh menjadi lumpuh dan bernanah dan merosakkan jari-jari tangan dan kaki);
  • mastitis (keradangan pada bahagian buah dada, biasanya pada wanita semasa penyusuan);
  • pembesaran kelenjar;
  • penyakit ginjal;
  • penyakit kulit;
  • penyakit lelah (penyakit yang mengakibatkan kesukaran bernafas);
  • penyakit sendi kronik;
  • sifilis sekunder dan tertier, dengan pengulseran (penyakit kelamin);
  • tekanan darah tinggi;
  • tonsilitis (radang tonsil);
  • uremia (penyakit kepekatan urea di dalam darah yang melebihi aras biasa);
  • uretritis (keradangan pada uretra);

Tak nak ke tanam pokok pegaga untuk nikmati khasiatnya? ;)

Incoming search terms:

This entry was posted in Gardening and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

7 Responses to Tanam Pokok Pegaga untuk Nikmati Khasiatnya

  1. paizah says:

    pegaga juga sedap wat kerabu letak kelapa campur kerang. ummp yummy!!!

  2. paizah says:

    rumah saya banyak tanah tapi pemaju dah kambus guna sisa construction jadi tanam apa pun tak idup. tapi saya sangat suka tanam pegaga. tan nak cambah langsung dah nak setahun. tanah apa yang sesuai ye..

    • baguznet says:

      apa yg saya buat untuk kawasan yg saya tanam dengan pegaga ini, saya buat kaedah tukar tanah. cara ni byk kerja dan modal sbb saya korek buang tanah sedia ada dan gantikan dengan tanah bersesuaian yg dibeli di nursery. belilah tanah jenis baja yg gembur untuk digantikan.

  3. i wong says:

    Mengikut bacaan saya, perlu diingatkan herba perlu diambil dalam kadar yang sedikit dahulu kerana takut akan memudaratkan kesihatan. Apabila badan dah mula menerima herba tersebut barulah boleh tingkatkan sedikit demi sedikit kuantiti herba yang diambil. Teringin juga saya menanam pegaga ni. Sekarang tengah mencari kawasan terbaik nak tanam di dalam rumah kuarters saya ni.

    Kalau buat ulam sedap nih.

    • baguznet says:

      Saya setuju bro, kalau tak biasa, kena slowly amalkan, bukan terus terjah
      bukan semua org blh absorb dgn mudah segala benda
      tanam dlm bekas pasu panjang pun dah ok bro, kalau kawasan amat terhad.
      Saya ada terbaca cdgn hidangan – pegaga goreng tepung, mcm cendawan goreng tepung

  4. remyhazza says:

    memang terbukti pegaga byk khasiatnya…… sedap dibuat ulam dan juga minuman…….
    dah lama remy tak mkn pegaga…..
    dulu2 selalu mak buat nasi ngan sambal pegaga…….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Tick kotak ini untuk promote blog anda secara percuma ;)