Bela Kucing Dapat Dosa

Pernah dengar bela kucing dapat dosa?

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w. bersumpah sebanyak tiga kali yang bermaksud: “Demi Allah, tidak Beriman! Demi Allah, tidak Beriman! Demi Allah, tidak beriman”

Apabila ditanya, siapakah yang Baginda s.a.w. maksudkan, Baginda menjawab: “Seseorang yang jirannya tidak berasa aman dan tenang disebabkan perangai jahatnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari no. 6016 dan Muslim no. 46)

Terdapat dua tafsiran atas daripada hadis di atas:

Pertama: Orang yang menganggap perbuatan menyusahkan jiran adalah halal
Kedua: Menafikan kesempurnaan iman seseorang akibat sikapnya sentiasa menyusahkan jiran

Kenapakah bela kucing dapat dosa?

Sebenarnya tindakan dan perangai buruk seseorang yang boleh menyebabkan jirannya terganggu dan tidak tenang hidupnya adalah termasuk dalam hadis di atas. Dalam coretan ini, kita hendak melihat pada satu perkara ‘kecil’ yang mampu mewujudkan dosa dalam diri kita iaitu bela atau pelihara kucing.

Apakah perkara menyebabkan bela kucing dapat dosa?

1. membiarkan kucing menjadikan pasu bunga dan/atau halaman rumah jiran sebagai ‘tandas rasmi’
2. membiarkan kucing bebas keluar/masuk rumah jiran “tanpa izin”
3. membasuh najis kucing sehingga airnya mengalir ke halaman rumah jiran dan mendatangkan bau yang tidak menyenangkan jiran
4. memberi kucing liar makan sehingga banyak kucing “berkampung” yang akhirnya mengganggu ketenteraman jiran
5. membuang kucing liar di kawasan rumah jiran atau kedai-kedai makan kerana perbuatan tersebut menimbulkan kesusahan kepada orang lain.

Contohilah Abu Hurairah

Sebenarnya tidak salah untuk memelihara kucing tetapi pastikan kita tidak mengganggu jiran dan menyusahkan orang lain. Jauhi bela kucing dapat dosa. Oleh itu contohilah Abu Hurairah.

Tidak lagi terdapat atau ditemui sebarang hadis yang menyebut Abu Hurairah menyusahkan jirannya dengan hobi memelihara kucing. Justeru jika ingin memelihara kucing, contohilah hobi Abu Hurairah – wajib menunaikan hak-hak kucing sebagai haiwan dan hak-hak jiran daripada dicerobohi.

Semoga coretan bela kucing dapat dosa ini memberi manfaat kepada para pelawat blog ini.

Incoming search terms:

This entry was posted in Ehwal Islam and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

17 Responses to Bela Kucing Dapat Dosa

  1. Manusia says:

    Ok macam ni lah…cerita dia macam ni..beberapa bulan lepas, saya ada terjumpa anak kucing yang kelaparan n sakit sebelah kereta saya. Saya kesian tengok kucing tu maka saya mengambilnya dan membelanya sehingga sekarang.. Pada mulanya saya nak besarkan kucing tu dan letak kat iklan adoption..sehingga kini xda orang nak adopt. Jadi saya pun tanya lah shelter…Nak tau tak kalu kat shelter xda orang nak adopt dalam masa tertentu, kucing itu akan ‘put to sleep’ atau di suntik untuk mematikan ia. Jadi saya batalkan niat tu dan terus membela kucing itu. Saya tinggal kat apartment, kucing tu saya mmg jaga supaya tidak berak kat taman org, cuma sekali sekala ada lah kucing itu keluar dan menandakan teritorinya kat laman org..bukan dengan niat untuk menyusahkan jiran tapi kadang2 benda tu x terkawal dimana kita juga dalam dilema tidak mahu berdosa dengan haiwan.. Untuk saudara2 yang post seolah-olah jijik dan menganggap kucing itu menyusahkan..belajar lah cara bersabar…Kucing itu makhluk Allah dan tidak berakal seperti anda..Kalau nak bising2 pasal kucing liar tu, saudara nak buat apa? Nak kucing tu mampus ke? niat camtu boleh bawak dosa tau…Tengok lah nanti korang buat kucing camtu, silap2 hari bulan tempat korang jadi sarang tikus. Kang terkena kencing tikus baru tau2. Terkial2 nak carik kucing. Mengurung kucing juga salah. Kucing sepatutnya di biarkan selalu bebas. YANG PENTING NYA DI SINI, ANDA2 YANG SELALU TAKPUAS ATI NGAN KUCING NI JANGAN LAH BERPERASANGKA BURUK KAT ORG LAIN YANG MEMBELA KUCING. Tak semestinya yang kuncingnya terlepas kat laman korang di sengajakan atau dilepaskan dengan niat nak suruh dia berak kat taman korang..nampak sangat manusia sombong..

  2. koko says:

    xkan bg kucing liar makan dan berkampung dapat dosa kot.orang lain yang tgk kucing berkampung kena terima la bahawa mereka tu haiwan yg x berakal..yg mereka tau menunggu mknn..ushh…patut2 kena jaga kebajikan haiwan..bg yg bukan pencinta kucing tgk kucing pun dia tendang bila kucing dekat…mcm2ada…

  3. lindas says:

    setuju..saya tqk suka kucing sepahka dapur saya…saya ada banyak kerja lain lagi nak bubuat..saya cukup menyampah ngan jiran yg main lepas tangan jer..kalau tak mampu nak bela kucing baik jangan kalau nak nyusahkan jiran tetangga

  4. apa apa says:

    saya pencinta kucing saya tak suka entry ni…habis nasib kucing sapa nak bela?

    • baguznet says:

      tiada salahnya membela kucing, malahan sahabat Nabi s.a.w. sendiri ada membela kucing.
      Yang penting kita tahu tatacara sebenarnya dalam memelihara haiwan agar tidak menimbulkan dosa kepada kita

  5. apa apa says:

    yeke? alasan tak mau bela kucing kot

  6. Lynn says:

    yup.. jiran belakang rumah memang kurengg asam garam, nama jer Melayu. Bela kucing tapi bila beranak buang kat tepi rumah orang, then ‘melepas’ merata-rata. Tgh mlm anak2 kucing tu mengiau sejuk/lapar.. anak2 Lynn sibuk nak ambil bela, tapi Lynn tak benarkan. Arnab seekor tak terjaga, ada hati nak bela kucing la pulak.
    Lynn recently posted..My first harvest with si Cilik..My Profile

    • baguznet says:

      kasihan pada kucing tu dibuat begitu. Kalau tak nak bela anak kucing tu, elok awal2 dimandulkan sbb ini dibenarkan jika dibiarkan beranak boleh mendatangkan dosa

    • anonymous says:

      awak pn satu…klau dah tau mcm 2,,,knape xslmatkn anak2 kucing 2..kalaupun xnk bela,,,ape salahnye iklankn untuk adoption..paling2 tak pun hantar ke animal shelter…banyak sekarang ni animal shelter,,,dari biarkan anak2 kucing 2 kelaparan dan sejuk..

  7. EmpayarUtama says:

    Ingat ko ada tempek sikit cerita Abu Hurairah tu, nampaknya kena gugel sendirilah ni
    EmpayarUtama recently posted..Kesabaran Dan Kejujuran Diri (Teknik Belajar Menipu ^_^)My Profile

    • baguznet says:

      ooppsss… sorry bro, x sempat nak cari la, just selitkan jer. Kalo dpt jgn lupa share ilmunya

  8. chii says:

    kat umah chii..da xde kucing da..kalau ada pun..sekadar singgah hi hi bye bye je..ehehe
    chii recently posted..Majlis Perkahwinan Orang SingapuraMy Profile

  9. nudabuffy says:

    setuju sangat. sebab tu bila suami nak bawak kucing dari kampung, saya cakap tak nak. Bukan tak suka kucing, tapi bila dekat kampung dia lebih bebas, dan selesa. Saya pun jadi mangsa kucing jiran bersiar-siar dalam bekas tanaman meninggalkan jejaknya. Kesian pokok saya.
    nudabuffy recently posted..Terung Bermacam TerungMy Profile

    • baguznet says:

      he he heee… saya [un ada terkena, kebetulan terperasan pagi tadi ada kucing tinggalkan jejak, so kena buang sblm g kerja :D
      mujur tapak tu masih dlm proses pemulihan, kalo tidak, boleh mati pokok

  10. remyhazza says:

    betul tu bro…. nak bela binatang peliharaan walau apa pun…. biar dgn cara yg betul…… jgn pulak diseksa dan menyusahkan jiran tertangga…….

    • baguznet says:

      ramai yg terlepas pandang hal sebegini. Semoga ini membantu memberi kita kesedaran tentang dosa yg kita dpt tanpa kita sedar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Tick kotak ini untuk promote blog anda secara percuma ;)