Jom kita ke Pesta Buku Negeri Selangor pulak
Terlebih dulu mohon maaf kalau coretan berkenaan Hari Ilmu dan Pesta Buku Negeri Selangor 2012 ini agak lewat diwar-warkan. Saya sendiri baru je terperasan iklan ini beberapa hari yang lepas tetapi tiada kesempatan nak mencari info lanjut.
Mengikut maklumat dari laman sesawang Pesta Buku Selangor, Majlis Perasmian Hari Ilmu dan Pesta Buku Negeri Selangor 2012 dijadualkan seperti di bawah:
Tarikh : 30 Jun 2012 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Pusat Konvensyen SACC, Shah Alam
Majlis Perasmian disempurnakan oleh : Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abd Khalid bin Ibrahim
Dato’ Menteri Besar Selangor
Nota: Bagi yang ingin menghadiri Majlis Perasmian Hari Ilmu dan Pesta Buku Negeri Selangor 2012 ini, anda adalah dipohon untuk membaca bahan bacaan yang anda minati bagi menyertai program 15 Minutes Reading Break
Bagi tujuan Pesta Buku Negeri Selangor 2012 pula, majlis akan berlangsung seperti maklumat di bawah:
Tarikh : 29 Jun hingga 9 Julai 2012
Masa : 10.00 pagi – 9.00 malam (hari bekerja)
10.00 pagi – 10.30 malam (Sabtu & Ahad)
Tempat : Pusat Konvensyen SACC, Shah Alam
Bagi mereka yang bertuah, anda mungkin boleh memenangi iPad 2 Hari Ilmu dan Pesta Buku Negeri Selangor 2012 nanti. Caranya mudah sahaja, malahan bagi saya itu sekadar suatu bonus besar sebab kita biasanya memang akan membeli buku yang kita cari atau minati. Jadi apa salahnya sambil tu masuk peraduan yang ditawarkan dengan tiga langkah mudah seperti di bawah:
1. Beli buku bernilai RM30 di Pesta Buku Selangor 2012
2. Isi borang cabutan bertuah
3. Hantarkan kepada Urus Setia
Jom kita ke Hari Ilmu dan Pesta Buku Negeri Selangor 2012!
Incoming search terms:
- pesta buku disember 2012 (135)
- pesta buku 1 malaysia desember 2012 (73)
- pesta buku december 2012 (35)
- pesta buku malaysia desember 2012 (28)
- pesta buku bulan desember 2012 (17)
- pesta buku 1malaysia disember 2012 (10)
- pesta buku bulan disember 2012 (6)
- pameran buku disember 2012 (6)
- pesta buku 1 malaysia disember 2012 (5)
- pesta buku dec 2012 (5)
ala…30 June? tu dah book nak gi Putrajaya, FLORIA 2012.
Lynn recently posted..My first harvest with si Cilik..
Ulat buku dan pengemar baca buku tidak patut melepaskan peluang ini.
akubiomed recently posted..Seminar Jom Kurus bersama Kevin Zahri
Adik bongsu saya mesti berminat sangat nak pergi cuma dia nak kena cari tukang bawa je.
Diana recently posted..Benih Bunga Organik Sweet Pea (Bau Harum)
owh! iye ke? adik bongsu diana di mana? Saya suka juga pergi event sebegini jika keadaan sesuai dan ada kesempatan masa. Biasa suka bawa anak-anak nak dedahkan mereka supaya minat kepada ilmu
pesta buku kat SACC mall ye…… kalau ade masa nanti nak jugak remy pi……. aritu pi kat PWTC cam tak puas…. crouded sangat sampai rimas……
nak memilih buku pun tak tenang…..
ha ha haaa… kat sana biasalah bro… rasa kat SACC ni ok sket kot sbb public transport kurang kan…
kawasan pun agak lapang, antara sbb dibuat kat SACC pun tpt ni biasa lengang