Jom layan jus pegaga tuaian tanamsendiri
Petang semalam sempat la ambil masa yang ada sedikit sementara tunggu isteri siapkan anak-anak sebab nak keluar, ada urusan untuk anak yang sulung. Masa yang ada digunakan untuk laksanakan projek Hari Raya. Belum pun mula puasa lagi dah sibuk pasal raya
Untuk projek Hari Raya ni perlukan sedikit ruang. Maka selepas ditinjau-tinjau ruang yang ada, kawasan yang paling sesuai nampaknya berhampiran kawasan yang ditanam dengan pokok pegaga. Jadinya, untuk memberi ruang yang secukupnya, sebahagian pokok pegaga perlu dituai. Sebelum ni pun dah tuai sebahagian pokok pegaga yang ada untuk diberikan kepada jiran selain bagi pada kawan sepejabat. Baik bagi kat orang kan daripada pokok itu mati sendiri
Itulah hasil tuaian pokok pegaga tanamsendiri yang telah memberi laluan kepada projek Hari Raya. Takdelah banyak mana pun sebab sekadar dituai untuk mendapatkan sedikit ruang. Itu adalah gambar selepas pokok pegaga dikerat-kerat lapan belas. Tujuannya supaya mudah nak dikisar nanti.
Macam biasa, lepas dah blender, akan wujud hampas
Ada sesiapa yang boleh share apa yang boleh dibuat dengan hampas ini? Buat masa ni, selepas diproses berulang kali, hampas ini dibuang (tanam sebagai baja). Malam tadi, hampas yang terhasil telah cuba diproses berulang kali bagi meminimakan jumlah hampas yang terhasil. Maka itulah hampas terakhir yang dibuang pada kali ini
Berapa banyak jus yang terhasil?
Banyak tu jer yang saya buat daripada tuaian pokok pegaga tanamsendiri petang semalam. Bolehlah kan, dua pertiga daripada bekas air. Air yang digunakan memang tidak banyak. Air yang digunakan pada kali pertama kisaran digunakan semula untuk kisaran kali kedua. Air yang sama telah diulang guna bagi setiap kisaran sehingga hampas terakhir terhasil. Maka warna air menjadi lebih pekat dan rasanya akan lebih kuat berbanding jika sentiasa menggunakan air yang baru

alamek.rasanya mcm x mmpu je utk diminum..wat ulam..ok la kot :p
chii recently posted..Status Diri Sendiri
mmg cemana pun buat ulam still the best
mesti sedap air pegaga ni kan…
titan recently posted..Eyriqazz vs Denaihati – Part 7
kalau minat, mesti rasa sedap punya
err tambah gula dengan ais amacam boleh tak
onlajer recently posted..Bergaduh di TV jordan
boleh juga kalau nak kurangkan sedikit rasa pahit dia tapi pahit itu kan ubat
pahit argh tak sukanya aku hehe
onlajer recently posted..Onlajer,Chain Block & Chain Saw
sedap nyer bro !!!!
kecur air liur….. nampak cam best …….
mmg best pun! sape kata tak best… ekekekeke
huhuhu…… statement makan hati…….