Periksa infra Unifi untuk nak daftar Maxis Fiber Internet
Itu yang dapat diketahui baru-baru ini bila terpandang berita tentang perkhidmatan Maxis Fibre Internet di dalam akhbar online baru-baru ini. Memang nampak menarik bagi pengguna seperti saya, yang hanya perlukan capaian internet bagi tujuan kerja-kerja di dalam talian. Saya tidak kisah jika pakej tidak mengandungi khidmat IPTV seperti yang disediakan oleh segelintir penyedia perkhidmatan fibre internet.
Pada mulanya, selepas terpandang berita tersebut, langsung saya bergegas ke laman sesawang Maxis untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pakej tersebut. Ternyata, jika dilihat secara umum, bagi pengguna seperti saya, kos RM150 sebulan secara kasar dengan capaian 10Mbps, pastinya lebih baik berbanding pesaing yang hanya menawarkan capaian 5Mbps. Maka saya cuba membuat pemeriksaan tentang kesediaadaan perkhidmatan tersebut di tempat saya.
Infra Unifi Untuk Maxis Fibre Internet
Memandangkan saya gagal mendapat jawapan yang memuaskan hati saya, maka saya telah berhubung terus dengan khidmat pelanggan Maxis untuk mendapatkan maklumat lanjut. Melalui perbualan yang berlaku, baru saya mendapat maklumat yang jelas berkaitan perkhidmatan yang mereka sediakan.
Pada dasarnya, perkhidmatan Maxis Fibre Internet ini disediakan oleh Maxis. Bagaimanapun, berhubung dengan penyediaan infrastruktur, Maxis telah menjalin hubungan kerjasama dengan pihak TM untuk menggunakan infrastruktur fibre Unifi. Oleh demikian, pada dasarnya, apabila fibre Unifi telah sedia ada di kawasan kediaman anda, maka perkhidmatan Maxis Fibre Internet juga tersedia untuk anda langgani.
Dalam hal ini, pengguna mendapat manfaat yang lebih kerana mereka kini mempunyai pilihan – TM atau Maxis bagi talian fibre internet. Apa pun, sekali lagi diingatkan bahawa percaturan ini hanya sesuai untuk pengguna seperti saya yang hanya ingin menggunakan capaian internet seperti penggunaan biasa, tidak kisah berkenaan pakej perkhidmatan yang lain.
Cuma dalam kes ini, saya masih perlu menunggu kesedia-adaan fibre Unifi sebelum saya boleh memikirkan untuk melanggan atau tidak, dengan penyedia perkhidmatan yang mana
Anda pula bagaimana?
Incoming search terms:
- maxis fibre optic (3)
- mana lebih bagus maxis fibre dengan unifi (3)
- maxis fibre (2)
- pakej maxis fiber (2)
- fibre internet mana yang bagus - unifi or maxis (2)
- Maxis fibre optic advertisements (2)
- cara melanggan maxis fibre optic internet (2)
- maxis fibre vs tm unifi mana lagi bagus (2)
- maxis fiber (2)
- maxis fiber internet (2)

Saya belum ada peluang untuk mengunakan broadband fiber optik kerana tidak ada tanda-tanda pemasangan kabel optik dikawasan perumahan saya.
akubiomed recently posted..Coconut Shake Klebang Aku datang
Kalau tak silap semua company yg guna fibre ni semuanya pinjam line TM
So, patutnya tak der la beza kan? Cuma yuran ler tak sama…
masih pakai broadband dan streamyx aje..
ohcikgu recently posted..Contest SEO 10 Blogger Terbaik Malaysia.
hai baguznet,
Belum pernah menggunakan Maxis Fiber Internet ini. Janji internet dapat di akses kan.
donnyien recently posted..Abang penulis yang bagus
Hi Donny,
Saya pun tak pernah sbb infra Unifi tak sampai kawasan rumah saya pun
Bagi saya pula, pakej TV unifi tidak berapa berguna kerana siarannya biasa-biasa sahaja. Terfikir juga untuk tukar ke pakej Maxis ini. Mungkin bro boleh terangkan lagi kelebihannya?
Setahu saya pakej unifi RM150 ada limit download/upload sehingga 60GB/bulan. Bagaimana pula dengan servis Maxis ini? Berapa pula limit download/upload-nya?
izham99 recently posted..Hilangnya nilai sehelai 100 dollar Amerika
Betul, setiap pakej akan ada had upload/download. Insya-Allah akan cuba kongsikan maklumat lanjut pakej Maxis ini
remy dah dpt tawaran dari maxis utk tukar broadband kr fibre optic nie……..tgh berfikir2 nk tukar atau tak…….. kalau tukar kena byr lebih sikit dri dulu…….
remyhazza recently posted..5 star crew training….. Ohsemmmmmm
mmg kena byr lebih bro sbb servis broadband biasa berbeza infra dia dgn fibre. broadband biasa kongsi laluan trafik tapi fibre optik tiada perkongsian laluan trafik