Pengeluaran Simpanan KWSP Untuk Tunaikan Haji

Gunakan pengeluaran simpanan KWSP untuk tunaikan haji sahaja

Pengeluaran Simpanan KWSP Untuk Tunaikan Haji

Berita terbaru oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyatakan bahawa kini pencarum telah dibenarkan untuk membuat pengeluaran bagi tujuan mengerjakan fardu haji. Kebenaran pengeluaran ini akan berkuat-kuasa pada 1 Januari 2013, yang hanya tinggal beberapa hari lagi.

Pengeluaran simpanan KWSP untuk tujuan menunaikan fardu haji ini adalah melalui akaun simpanan #2. Akaun ini juga sebenarnya dibenarkan dibuat pengeluaran untuk tujuan berkaitan pembelian/pembayaran pinjaman rumah, perubatan, pelajaran dan beberapa perkara lain lagi.

Pengeluaran simpanan KWSP untuk tujuan tunaikan fardu haji ini tertakluk kepada had maksima RM3,000 sahaja dan sekali seumur hidup pencarum. Ahli juga perlulah berumur di bawah 55 tahun dan telah menerima surat tawaran untuk menunaikan haji daripada Lembaga Tabung Haji (LTH).

Saya percaya, kebenaran pengeluaran simpanan KWSP untuk tunaikan haji ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang sedang dalam proses membuat persiapan untuk mengerjakan fardu haji buat pertama kali. Ini boleh memberi kelegaan kepada mereka yang kelihatan kurang kemampuan tetapi sebenarnya ada kemampuan apabila simpanan lain dapat digunakan, seperti dalam kes ini.

Info lanjut pengeluaran simpanan KWSP untuk tunaikan haji

Sebarang info lanjut, boleh layari laman sesawang KWSP di sini atau boleh juga hubungi Pusat Pelanggan KWSP di 03-8922 6000

Incoming search terms:

This entry was posted in General and tagged , , . Bookmark the permalink.

8 Responses to Pengeluaran Simpanan KWSP Untuk Tunaikan Haji

  1. titan says:

    daftar awal. senang. Memudahkan kita juga nanti.
    titan recently posted..Ya. Gua tak rasa bersalah pun..My Profile

  2. Semoga saya dan keluarga saya bisa menunaikan ibadah haji…amin
    Iklan Baris Gratis recently posted..Iklan Baris GratisMy Profile

  3. onlajer says:

    Apa-apa hal pun kepada rakan-rakan sekelian pergilah daftar dahulu kerna angka giliran tahunan sudah mencapai ke 2040. Err agak 2 kalau yang dah pergi buleh tak buat pengeluaran itu
    onlajer recently posted..2012 Tahunku Yang KacakMy Profile

  4. akubiomed says:

    Satu cara untuk menjejak kaki ke tanah suci Mekah. Macam-macam saya dengar mengenai duit KWSP dimana ia dilaburkan.
    akubiomed recently posted..My Happy MomentsMy Profile

    • baguznet says:

      Betul tu bro, ini salah satu cara nak bantu kita dpt pergi ke tanah suci cuma sbb PNB ni cabang pelaburan kerajaan, jadi merata pelaburan yang dibuat.

  5. remyhazza says:

    remy alhamdulillah…baru bukak tabung haji melalui skim kwsp nie juga……..sekarang potongan bulanan melalu slip gaji……… harap2 bila pencen nanti dapat lah kesana….. amin
    remyhazza recently posted..ali baba the musical ….. just ok lah !!!!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Tick kotak ini untuk promote blog anda secara percuma ;)