Penambahbaikan Tabika KEMAS Bustanul Jannah

Melihat penambahbaikan tabika KEMAS Bustanul Jannah

Penambahbaikan Tabika KEMAS Bustanul Jannah

Semalam merupakan hari pengesahan pendaftaran pelajar untuk tabika KEMAS Bustanul Jannah, di Sg Pinang. Semalam juga merupakan hari suaikenal untuk pelajar tahun 1 SK Batu Belah, Klang. Memandangkan berlaku pertembungan, maka kenalah masing-masing memilih salah satu urusan. Saya memilih untuk menguruskan anak yang akan ke tabika di tabika Bustanul Jannah, atas 2 sebab – SK Batu Belah merupakan sekolah lama isteri, lebih mudah dia menguruskan sebarang perkara; dan di tabika saya merupakan salah seorang AJK yang dilantik, maka boleh saya ambil peluang bertanya sebarang perkara dengan cikgu.

Sedikit penambahbaikan tabika KEMAS Bustanul Jannah

Dalam menunggu giliran untuk membuat pengesahan pendaftaran dan membayar segala yuran yang perlu, saya mengambil peluang meninjau-ninjau sekitar bahagian dalam tabika ini. Bila saya melangkah ke bahagian dapur, saya merasakan seperti ada perbezaan berbanding kali terakhir saya masuk sebelum cuti sekolah bermula.

Rupanya terdapat penambahbaikan di tabika KEMAS Bustanul Jannah ini. Perubahan paling ketara sebenarnya terletak di bahagian kanan gambar yang diambil. Jika dilihat, terdapat tiga bahagian berpintu berwarna kemerahan. Sebenarnya itu semua adalah binaan baru di bahagian dapur tabika Bustanul Jannah ini.

Penambahbaikan tabika KEMAS Bustanul Jannah yang dilakukan ialah dengan membina table top bagi menggantikan meja sebelum ini. Di bahagian atas biasanya digunakan untuk meletakkan makanan dan minuman yang akan diberikan kepada para pelajar pada waktu rehat mereka. Di bahagian bawahnya pula disimpan pelbagai makanan kering seperti biskut yang disimpan di dalam tin.

Penambahbaikan tabika KEMAS Bustanul Jannah yang lainnya ialah pada bahagian binaan yang kelihatan tinggi seperti almari. Binaan itu saya dapati merupakan tempat mengumpul sampah kering. Saya masih ingat, sebelum ini, sampah kering seperti kertas biasanya dibuang di dalam kotak yang ada disediakan. Kotak ini diletakkan di satu tempat, yang tidak khusus dan boleh dilihat oleh orang ramai yang masuk ke bahagian dapur.

Bahagian singki juga merupakan antara penambahbaikan tabika KEMAS Bustanul Jannah. Sebelum ini, keadaan singki kelihatan kurang kemas, dengan saluran air jelas dapat dilihat. Kini singki mempunyai tapaknya sendiri selepas binaan dibuat. Selain itu, dibuatkan pula pintu di bahagian bawah singki untuk menutup bahagian bawah singki daripada pandangan  orang ramai,

Penambahbaikan tabika KEMAS Bustanul Jannah ini telah banyak membantu menjadikan tabika Bustanul Jannah kelihatan lebih kemas, tersusun dan menarik. Ini memang amat penting kerana akan mewujudkan suasana kondusif untuk para pelajar belajar dengan selesa.

Semoga tabika KEMAS Bustanul Jannah akan terus maju.

Incoming search terms:

This entry was posted in Anak-anak, General and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Penambahbaikan Tabika KEMAS Bustanul Jannah

  1. titan says:

    baguslah. itu lebih baik dari takde perubahan.
    titan recently posted..Tertinggal bini di KL.My Profile

  2. remyhazza says:

    penambahan yg bagus….nampak kemas jer tabika tu………..
    remyhazza recently posted..My Journey to 2020My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Tick kotak ini untuk promote blog anda secara percuma ;)