Merakam unique visitors 2012 sebagai memori indah
Dah sekian lama tak melihat-lihat apa yang ada di dalam cpanel domain sendiri. Memandangkan hari ini hari pertama tahun 2013, maka rasanya elok juga saya menjenguk ke dalam cpanel dan cuba simpan rekod awstat pelawat domain baguznet.com ini.
Terdetik di hati nak lihat rekod unique visitors ini kerana dalam pemasaran dalam talian, terutamanya bila kita nak join sebarang program pengiklanan, ada yang meminta kita memaklumkan jumlah unique visitor kita. Tak sangka pula saya ada unique visitor 2012 yang pada pandangan saya boleh tahan. Maklumlah, blog saya bukannya blog yang terkenal.
Unique Visitor 2012 Memori Yang Indah
Bagi 3 bulan terakhir tahun 2012, mengikut rekod awstat, ada macam yoyo sikit. Mengapa jadi begitu ye? Saya pun tak pasti. Mungkin ada kena mengena dengan posting saya dalam bulan berkaitan kerana setiap posting ada impak tersendiri pada pelbagai perkara yang menyumbang kepada kehadiran unique visitors ini.
Apa pun, Alhamdulillah, pada penutupan tahun 2012, unique visitor direkodkan mencapai angka enam ribu (6,000). Cuma mampukah saya mengekalkan rentak ini. Ramai yang kata, nak capai itu mudah, nak kekalkan itu yang amat mencabar. Dalam syarikat pun, ada yang membuat pemantauan kemungkinan kemajuan syarikat berdasar pencapaian tiga bulan pertama atau suku pertama tahun tersebut.
Yang lebih penting, semoga blog ini mampu memberikan sedikit sumbangan bernilai dan bermakna buat masyarakat semua.
Unique visitor 2012 memang memori yang indah
Dulu minat juga benda alah ni – nak domain, hosting sendiri, unique visitors. Tapi bila tanggungjawab makin besar, kena tolak tepi dululah
Empayarutama recently posted..Berat Mata Memandang – Suratan Atau Kebetulan
best … salam 2013 bro
Razif recently posted..Nokia Lumia 620
Alhamdulillah. Saya yakin boleh naik lagi bro. Saya pun tahun ini baru sahaja nak belajar buat domain dan hosting sendiri. Nak beralih dari blogspot sikit demi sikit. Kalau ada soalan tentang domain dan hosting, saya tanya bro boleh?
Izham Alias recently posted..Penulisan berterusan
wah! Tahniah bro! Telah maju setapak lagi dengan memiliki domain dan hosting sendiri. Moga terus berjaya
wahh..kira banyak gak tuuu..
titan recently posted..Tahun 2012. Sayonara.
banyak ke bro? Rasa mcm belum banyak banding dgn org lain tapi tetap syukur dengan pencapaian skrg nie
insyaAllah…… remy doakan nan….
selamat tahun baru 2013 bro !!!!
remyhazza recently posted.."ZyraRoxx’s Blogbuster"
Terima kasih bro!
Selamat Tahun Baru 2013 buat bro sekeluarga juga