Memilih antara handphone, smartphone dan iphone
Handphone, smartphone dan iphone – itulah 3 peranti yang ada di tangan sekarang ini. iPhone yang menjadi kegilaan ramai bagi sebahagian masyarakat dunia kini saya miliki jua tanpa dipinta. Oh, sudah tentu syukur Alhamdulillah kerana memiliki peranti tersebut.
Di antara handphone, smartphone dan iphone 5 tersebut, hanya handphone murah itu sahaja yang dibeli sendiri. 2 lagi peranti, yang saya anggap sebagai peranti berteknologi terkini dan mahal, pada ketika diperolehi adalah merupakan hadiah. Smartphone itu adalah merupakan pemberian daripada seorang sahabat lama, yang saya perolehi sekitar bulan Disember 2008. iPhone5 pula, yang menjadi idaman ramai saya perolehi sebagai hadiah daripada syarikat tempat saya berkhidmat – hadiah kepada semua staf sempena ulang tahun ke-25 syarikat – untuk menjadi working tool para pekerja.
Tidak saya nafikan, 2 peranti yang sebelum ini merupakan peranti keluaran Samsung. Saya tidak pasti, mungkin secara kebetulan, peranti tersebut juga kamera saya adalah keluaran Samsung selepas kamera jenama Canon saya rosak. Keluarga saya juga memiliki Samsung Tab 10.1 untuk anak-anak bermain permainan berbentuk pembelajaran. Saya sendiri pernah terfikir untuk membeli Galaxy Note atas alasan tertentu sebelum saya memiliki iPhone5 ini.
Antara handphone, smartphone dan iphone
Kini buat pertama kalinya, peranti bukan keluaran Samsung – Apple pula berada dalam senarai peranti yang saya miliki. Saya bukanlah seorang yang giler dengan gadget – antara sebab saya tidak berapa kisah dengan iphone juga peranti terkini yang lain. Cuma bila telah diberikan dan perlu dijadikan sebagai working tool, maka saya perlulah gunakan kerana banyak aplikasi syarikat akan dimasukkan ke dalam peranti tersebut kelak.
Memandangkan iPhone5 telah menjadi working tool saya dan handphone merupakan peranti yang saya gunakan untuk talian yang saya gunakan bersama keluarga, maka saya memutuskan untuk menyerahkan Samsung smartphone kepada teman sebilik saya termasuk dengan taliannya. Selain sebagai talian backup, talian itu juga akan digunakan beliau untuk tujuan bisnesnya. Oleh demikian, antara handphone, smartphone dan iphone, saya memilih untuk menggunakan handphone dan iPhone5.
Incoming search terms:
- handphone iphone (2)
- antara ipod dan handphone (1)
- keluaran smartphone 2013 (1)
- macam - macam handphone smartphone (1)
- peranti handphone (1)
- ranking antara smartphone (1)
- rating antara model handphone (1)
- senarai handphone keluaran samsung mengikut urutan (1)
- senarai keluran samsung (1)
- keluaran samsung mengikut turutan (1)
untungnya bro…dpt hadiah istimewa…..iphone 5 dari company lagi…bertuah sangat…..
remy pun pakai iphone…tapi yg first sekali….sampai sekarang tak tukar2……hu3
Masih selesa henfon biasa di tangan… Smartphone ada tapi just ntuk bende2 tertentu je… Kol SMS still kat nset buruk

Izzuddin Fauzi recently posted..Suatu Hari, Dulu dan Dah Lama #PT1
sama la kita bro cuma yg jadi mslh henpon buruk tu mcm dah nak tamat riwayat…
no komen…hehehe
kancil recently posted..Aktiviti Cuti Sekolah #2 Mandi Manda Di Pangkalangan, Semporna
ketiga-tiganya mempunyai kegunaan yang tersendiri. Saya lebih menggemari iphone
donnyien recently posted..Aku masih seperti yang dulu, sahabatku
peminat android semestinya pilih iphone
Aku masih dengan N70 hahahahahahah
Empayarutama recently posted..Berat Mata Memandang – Suratan Atau Kebetulan 2
aku pun masih setia dgn handphone kecik tu bro tp malangnya macam dah nak expired from service, kena cari pengganti…