Memahami Kepentingan Kebersihan dan Keselamatan Makanan

Keselamatan makanan bermaksud makanan bersih daripada kuman berbahaya, racun, toksin dan bersih daripada najis dan bahan buangan lain. Makanan yang tidak bersih boleh mengandungi bahan berbahaya atau bakteria yang boleh menyebabkan penyakit bawaan  makanan seperti taun, tifiod, keracunan makanan, penyakit kuning dan lain-lain

Perkara-perkara asas untuk memastikan makanan yang bersih:

  1. Kebersihan bahan mentah
  2. Pengendalian makanan yang bersih
  3. Kebersihan diri pengendalian makanan
  4. Keperluan kesihatan asas yang mencukupi
  5. Premis makanan yang mempunyai persekitaran yang bersih
  6. Rekabentuk premis makanan dan peralatan yang sesuai
  7. Penyediaan dan penyimpanan makanan yang betul

Aspek Kebersihan Dalam Pengendalian Makanan

Aspek kebersihan dalam pengendalian makanan merangkumi:

  1. Pengendali makanan
  2. Bahan Mentah
  3. Peralatan yang digunakan
  4. Persekitaran seperti dapur dan tempat menyediakan makanan

Amalan Kebersihan Diri

Amalan kebersihan diri yang perlu diamalkan semasa mengendali makanan:

  • Basuh tangan sebelum dan selepas mengendali makanan. Basuh tangan dengan sabun selalu
  • Tangan adalah anggota yang kerap bersentuh dengan makanan. Oleh itu, perlu dibersihkan setiap kali sebelum memulakan kerja-kerja penyediaan makanan atau selepas:
  1. ke tandas
  2. menyentuh muka terutamanya hidung, mulut atau telinga
  3. mengendalikan makanan mentah
  4. mengendalikan sampah sarap
  5. rehat atau setiap kali kembali ke tempat penyediaan
  6. membersih dan disinfeksi tempat kerja

Semua tempat penyediaan makanan perlu ada sinki khas untuk membasuh tangan dan dibekalkan dengan sabun, air paip dan tisu yang bersih. Penggunaan sabun cecair adalah lebih baik kerana sabun buku mungkin mengandungi kuman daripada penggunaan sebelumnya.

Tujuh langkah amalan membasuh tangan yang betul:

  1. Basuh tangan dengan sabun secukupnya
  2. Gosok tapak tangan
  3. Gosok setiap jari dan celah jari
  4. Gosok kuku di tapak tangan
  5. Gosok belakang tangan
  6. Basuh dengan air bersih secukupnya
  7. Keringkan tangan dengan kain bersih

Manusia Pembawa Kuman

Pakaian

Pakai pakaian yang sempurna dan bersih. Gunakan apron, sarung tangan (jika perlu) dan penutup kepala. Pastikan apron, penutup kepala dan sarung tangan adalah bersih dan dipakai dengan betul.

Rambut

Rambut mengandungi pelbagai jenis kuman. Oleh itu, rambut harus bersih, diikat rapi dan ditutup semasa mengendalikan makanan. Jangan menyikat rambut ketika berada di tempat penyediaan makanan dengan kerap.

Pakai penutup kepala dan jangan sentuh atau sikat rambut dalam kawasan penyediaan makanan dan semasa menghidang makanan.

Jaga rapi janggut dan misai

Mulut, hidung dan telinga

Amalkan tabiat menjaga kebersihan diri yang betul. Jauhi menyentuh kulit terutamanya mulut, hidung dan telinga. Elakkan meludah, mengunyah, makan merokok atau mengorek hidung.

Staphylococcus aureus biasanya hadir dalam mulut, hidung dan telinga. Pemindahan bakteria boleh berlaku dan mencemarkan makanan sekiranya:

  • batuk semasa mengendalikan makanan
  • merasa makanan dengan jari
  • mengorek hidung semasa menyediakan makanan
  • meludah merata-rata
  • merokok
  • makan semasa menyediakan makanan

Amalan kebersihan diri

  • Tutup semua luka dengan pembalut yang bersih dan kalis air
  • Mandi dengan sabun sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  • Jangan pakai barang kemas dan jam tangan
  • Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih. Jangan guna pewarna kuku
  • Elakkan mengendali atau menyediakan makanan jika anda menghidap penyakit atau ada tanda mengalami keracunan makanan
  • Jangan merokok di kawasan penyediaan dan penghidangan makanan
  • Jangan memegang makanan tanpa penyepit

Amalan Baik Semasa Mengendalikan Makanan

  • Pakai apron dan penutup kepala yang bersih dan sesuai ketika mengendalikan makanan
  • Jangan merokok ketika menyediakan makanan
  • Gunakan tempat khas untuk menyediakan dan meletak makanan
  • Jaga kebersihan apabila menyediakan makanan setiap masa.
  • Buang makanan yang terjatuh di atas lantai di tempat yang sesuai.
  • Simpan makanan di tempat yang sesuai
  • Jangan gunakan bekas yang telah retak atau sumbing untuk menghidangkan makanan
  • Gunakan penyepit/sudu/garpu untuk mengambil makanan
  • Lindungi makanan dari lalat, tikus, lipas, habuk dan bahan-bahan beracun
  • Gunakan cara hidangan yang betul dan jagalah kebersihan diri ketika menghidang makanan
  • Gunakan tuala berasingan untuk mengelap meja, lap peralatan dan untuk lap tangan
  • Gunakan kain yang bersih untuk mengelap pinggan mangkuk dan pastikan hanya untuk tujuan tersebut sahaja
  • Gunakan tong sampah
  • Gunakan air bersih untuk mencuci pinggan mangkuk
  • Cuci tangan dengan sabun setiap kali lepas menggunakan tandas dan sebelum menyediakan atau menghidang makanan
  • Jangan simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah di tempat yang sama untuk mengelakkan pencemaran silang
  • Simpan makanan di tempat yang sesuai – yang mudah rosak di dalam peti sejuk

 

Sumber: Berita Harian – 15 Disember 2012

Incoming search terms:

This entry was posted in General and tagged , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Memahami Kepentingan Kebersihan dan Keselamatan Makanan

  1. Izham Alias says:

    Saya tertarik dengan istilah yang bro gunakan – keselamatan makanan. Bagi saya, istilah Inggeris Food Security juga diterjemah keselamatan makanan. Ia berbeza dengan maksud yang bro nyatakan. Food security di sini lebih kepada kelestarian sesebuah negara dalam membekalkan makanan yang mencukupi kepada rakyatnya. Peristiwa tahun 2008 memberi impak tinggi kepada kerajaan tentang peripentingnya sekuriti makanan.

    Kami, para profesional pertanian, seperti yang pensyarah saya nyatakan perlu membuat satu revolusi baru kepada Malaysia. Revolusi yang boleh menjamin kelestarian sesebuah negara. Kami namakan revolusi pertanian ke-2.
    Izham Alias recently posted..Ulasan buku ‘Buat Duit dengan Menulis’My Profile

  2. donnyien says:

    Terima kasih berkongsi info kesihatan, pentingnya menjaga kesihatan agar sentiasa di jauhi oleh penyakit yang memudaratkan.
    donnyien recently posted..Aaron Aziz Meriahkan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013My Profile

  3. remyhazza says:

    betul semu langkah2 dan info tu bro!!!! remy dibidang service makanan…semua benda tu digunapakai…. byk ditampal ni notice2 pekerja…..
    remyhazza recently posted..Ice Room dan hari hari yg dlm kenanganMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Tick kotak ini untuk promote blog anda secara percuma ;)