Tahniah untuk blog Remyhazza – Aku Cuma Seorang Kulikutif
Dalam diam tak diam, blog beliau rupanya dah berusia dua tahun kini. Bersempena dengan anniversary itu juga, makanya beliau telah menganjurkan satu lagi Give Away untuk menghargai persahabatan yang terjalin antara blogger – walaupun ada yang tidak pernah ditemui di alam nyata seperti dengan saya.
Persahabatan dengan Remy ini terjalin atas usaha gigih seorang rakan blogger lain – EmpayarUtama yang mempromosikan blog Remy kepada rakan-rakan beliau yang lain. Adakalanya memang si EU ni masih rajin bangkitkan nostalgia yang ada kaitan dengan aktiviti si Remy ni macam yang dia ceritakan dalam posting terbarunya – Perjalanan Kita Masih Jauh…
Aku memang cukup respek dengan si Remy ni. Bukan takat rajin nak buat pelbagai Give Away, rajin jugak join pelbagai segmen rakan-rakan blogger yang lain. Tanpa sokongan blogger seperti Remy ni, apalah ertinya sebuah blog yang diwujudkan. Takut jadi kes syok sendiri pulak…
Dia ni pun satu hal jugak… kalau dah jadi rakan blog dia, tunggu ajelah… nasib tak baik, tak menang tangan nak layan dia asyik blogwalking kat blog kita. Antara mangsa keadaan ini ialah aku sendiri yang lewat kebelakangan ini menghadapi kekangan masa untuk berblogging. Cuma sebagai menghargai rakan-rakan cuba juga follow posting rakan-rakan yang ada tapi malu jugak bila orang datang jengah blog kita, macam tu jugak rupa blog kita…
Satu hal yang pasti, mungkin juga sebab dah dalam bidang itu, dia ni suka bebenor dengan hal berkaitan dengan makanan. Habis merata tempat dia amik gambar dia tengah makan, pastu ajak orang tengok. Buat orang terliur jer… Oleh kerana tak tahan, pernah juga la mencabar si Remy ni gi menjelajah ke satu tempat. He he heee…
Jadi, kepada rakan blogger yang sudi, jadilah salah seorang dari kalangan rakan blogger Remy, Insya-Allah anda akan seronok mendapat blogger yang rajin melawat blog anda.

mcm pernah tgk je blogger ni kat blog mama maszull.
Yg itu dah memang tentu… masing-masing sama-sama rajin blogwalking sesama mereka… mereka berdua memang saling sokong-menyokong antara satu sama lain. Memang respek ketegaran mereka dlm dunia blog nie…
baguznet recently posted..Info Ringkas TM Unifi dan Maxis Fibre Broadband
Apa masalahnya Man? Nampak ok je belog ni…
Nampak ok je kan… sebenarnya sejak sblm cuti CNY smpi skrg, ada mslh nak login ke admin panel nie…
baguznet recently posted..2nd year Ohsem Anniversary Aku cuma seorang kulikutif !!! Give away
Cuba login. Aku saja redah, rasanya dah okler. Iklan, archives, review komen, avatar, previous posts semua dah keluar. Kalau dapat login kena kemas semula sidebar je. Jomle blogging semula

Empayarutama recently posted..Papan Tanda Jalan Bukan Papan Iklan Jalan
Saya juga perasan bahawa en. Remy banyak jejalan blog di sini. Rupanya kawan maya yang tak pernah berjumpa. Hebat.
Mungkin saya masih jauh lagi untuk menjadi blogger tegar seperti en. Remy.
Izham Alias recently posted..Penangan Pesta Jualan Buku Murah
Betul bro, ni boleh masuk kategori blogger tegar ni, seboleh mungkin dia mesti nak blogwalking. Memang respek la dgn si Remy nie
baguznet recently posted..Memahami Kepentingan Kebersihan dan Keselamatan Makanan
he3….. remy punya bro dlm dunia maya….. bro baguznet… bro empayar…….
dua2 ohsem….. dua dua terbaik……
terharu dgn sokongan bro berdua…….mungkin kita tak ditakdirkan bertemu dialam nyata….. tapi dialam maya…… bro sahabat terbaik remy dan semua….
mekasih bro……
remyhazza recently posted..2nd year Ohsem Anniversary Aku cuma seorang kulikutif !!!
Perenggan kedua tu tak boleh blah. Hehe makasih promot belog aku, malu le :p
Empayarutama recently posted..Program Affiliate Jana Ribu-Ribu