Alert – Public Gold Silver

Salam hormat semua pembaca,

Hari sekadar nak buat coretan ringkas tapi penting. Alert ini patutnya dah keluar lama. Alert ini berkaitan satu kes kecurian yang berlaku di Putrajaya.

Senarai Nombor Siri Logam Perak Yang Dicuri

Senarai di atas merupakan senarai nombor siri bar logam perak yang telah dicuri di sebuah rumah milik kakitangan awam di Putrajaya sekitar penghujung bulan lalu. Logam terlibat merupakan bar seberat 250gram dan juga seberat 1kg yang dikeluarkan oleh syarikat penempa tempatan – Public Gold.

Anda dinasihatkan menjauhi logam yang menggunakan nombor siri terbabit kerana anda boleh didakwa bersabit kes kecurian tersebut kerana kes ini telah dilaporkan kepada polis. Di bawah merupakan salinan berita yang dikeluarkan secara online

Pegawai rugi RM50,000, 45 jongkong perak dicuri

PUTRAJAYA 25 Jan. – Seorang pegawai kerajaan kerugian lebih RM50,000 selepas rumahnya di Presint 8 di sini dipecah masuk penjenayah yang melarikan 45 jongkong perak miliknya yang disimpan dalam sebuah peti besi.

Mangsa berusia 34 tahun yang enggan dikenali memberitahu, ketika kejadian, dia bersama isteri dan dua anaknya tiada di rumah kerana bercuti ke Pulau Langkawi bermula 18 Januari lalu sehingga semalam.

Katanya, ketika pulang ke rumah tengah hari semalam, dia menyedari kediamannya itu telah dipecah masuk dan dalam keadaan berselerak.

“Saya kemudian memeriksa bilik dan mendapati peti besi yang menyimpan 45 jongkong perak itu telah hilang.

“Sebanyak 42 daripada jongkong itu masing-masing seberat 250 gram manakala tiga lagi seberat satu kilogram setiap satu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Mangsa memberitahu, dia membeli jongkong perak tersebut dari sebuah syarikat sejak Ogos lalu untuk pelaburan masa depan.

“Selain jongkong perak, saya turut membeli jongkong emas. Bagaimanapun jongkong emas tersebut disimpan di dalam bank.

“Jongkong perak murah dibeli namun nilainya tinggi jika dijual, harga pasaran bagi sekilogram perak ialah RM3,600,” katanya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan polis mendapati terdapat kesan umpil di pintu rumah mangsa.

Sumber: Utusan Online

Kepada semua, berhati-hatilah bila hendak menyimpan barangan berharga anda. Kalau perlu, sewalah peti simpanan keselamatan di tempat yang boleh dipercayai.

Posted in Alert, Silver | Tagged , , , , , , , , , , , | 12 Comments

Family Trip ke Langkawi – Part 4

Fuh! Kena paksa diri jugak gamaknya nak siapkan part ni, dah lama sangat tertangguh. Lepas satu, satu benda mendatang dan rasa nak kena coret dengan segera. Akhirnya part ni dah macam terpinggir :D

OK lah, berbalik pada cerita ni, pagi itu kami perlu cari tempat yang dekat untuk sarapan, jadi kami cuma pergi sarapan di tempat yang sama mcm yg sebelum ni. Tempat dekat dgn apartment kami dan tak jauh nak ke tempat yg kami nak tuju nanti.

Mana nak pergi nie… mana lagi… kalo ikut info yg kami dapat sblm ni, perkhidmatan Cable Car dibuka semula hari ni. Fuh! Last minute punya cerita ni sebab kami juga akan balik pada hari ini! So lepas sarapan dgn segeranya kami ke Oriental Village.

Laluan masuk Parking B

Kami pilih masuk ikut laluan kawasan parking B, senang, besar dan dekat nak ke kaunter tiket. Ha ha haaa…

Sampai-sampai kawasan kaunter dah nampak ramai walaupun baru 9.30am dan alamak! Dah ramai mula beratur… nak join ke tak nak Q nie…

Q nak beli tiket

Kalau tgk dlm gambar tu, ada sorang lelaki pakai t-shirt hitam dgn seluar Jeans biru. Dia tu sebenarnya pelancong dr India. Dia datang selama 2 hari di Langkawi dgn family dan pertama kali ke Malaysia. Dia rasa agak terkilan sbb cuma allocate 2 hari di Langkawi. Mungkin dia akan datang lagi agaknya berdasar pengalaman singkat yang dilalui.

Akhirnya kaunter dibuka dan kami mula membeli tiket tp sebelum tu aku perasan kat papan notis tertulis perkhidmatan ditangguhkan sementara sebab keadaan angin tak mengizinkan. Masa tu risau jugak rasa kot tak dapat naik sbb ni first time mak mertua nak merasa since ini kali pertama dia datang ke Langkawi.

Separuh perjalanan ke Stesen Tengah

Nampak biasa je kan gondola kami naik ni lepasi menara tengah. Muka anak selamber je dia sbb seronok naik tapi mak dia dah lain mcm sket sbb pengalaman kami naik kali ni mendebarkan. Kedengaran tiupan angin dan gondola kosong agak bergoyang kerana angin agak kuat bertiup berbanding ketika kami naik sebelum ini.

Di pelantar paling atas di puncak Gunung Mat Cincang

Berani naik gondola ni?

 

 

 

 

 

 

 

On the way balik, kami singgah sebentar di rabbit farm berdekatan laluan masuk ke Oriental Village. Anak-anak suka nak bermain dengan arnab, so bagi dia enjoy sekejap since masih ada masa. Kami beli 2 pek makanan untuk diberikan kepada arnab-arnab, so anak-anak enjoy.

Lepas anak-anak dah puas, kami pun segera bergegas balik ke apartment kami untuk berkemas-kemas dan check out untuk makan tengah hari terakhir kami di Langkawi pada kali ini. Akhirnya kami selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang sekitar waktu asar selepas melalui situasi yang sedikit mendebarkan pada kali ini :D

Posted in Anak-anak, Family | Tagged , , , , , , , | 21 Comments

Tinjauan ke Denai Alam

Salam hormat kepada semua pembaca budiman,

Hari ni kalau ikut plan nak habiskan coretan trip family ke Langkawi yang dah tertangguh lama. Dah sebulan rasanya tarikh trip berlalu tapi macam-macam perkara menunda rancangan. Hari ni plak, ada cerita lain lepas wife cadangkan bawa anak-anak bersiar-siar sekejap.

Sebenarnya dah lama kami bercadang nak ke Denai Alam ni. Bagi yang kurang mengetahui apa yg ada di sana, tarikan utama family kami ialah Denai Alam Recreation and Riding Club (DARC). Apa sebenarnya DARC ni nanti aku citer kendian, either dlm posting ni atau posting akan datang. Yang ni paling utama tujuan utama kami ke sana :D

Macam biasa la anak-anak, excited sakan la bila kata nak ke sana sbb mmg tarikan utama kami nak ke sana pun based on minat derang jugak – horse riding. Yup! Horse Riding. Pada aku tak mahal, cuma RM5 untuk setiap seorang pelawat, boleh rasai menunggang kuda yang dipandu oleh pekerja mereka sebanyak 3 pusingan. Untuk kanak-kanak dah ok sangat dah… Kuda yang digunakan jinak je, untuk yang my kids tunggang ni nama dia “Tara”, seorang seekor kuda betina.

Wife bersama Tara, tolong jaga sekejap

Masa turn kami tiba, kebetulan pekerja yang guide kuda ada hal sket, so dia minta tolong pegangkan tali kuda sekejap, dpt la wife merasa menjaga kuda untuk seminit. Lepas tu turn anak-anak pulak. Memandangkan si adik dah over-excited nak naik kuda tu, kami bagi kat dia dulu naik berbanding akak.

Membetulkan kedudukan penunggang sebelum bergerak

Meninggalkan pelantar

Menunggang dengan rasa takut

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dia ni punya la excited nak naik, skali bila mula gerak, mulut bergetar-getar. Pastu masa mula-mula nak round tempat tu, mintak turun pulak. Aku buat selamba jer…

Sambil jalan tu aku sembang la dengan pekerja tu, wak yang guide kuda tu pun kata, mmg biasa kalau first-timer tunggang. Tapi bila difikirkan balik, dia ni penah dah naik dulu tapi masa tu dia mmg masih kecik sangat, baru 2 tahun rasanya banding skrg. Masa tu dia ikut je, macam org takde perasaan. he he heee…

Akak menikmati riadah menunggang kuda

Lepas turn adik habis, turn akak pulak… akak ok jer sebab dia mmg minat dengan binatang. So sengih je la sepanjang dapat tunggang tu. Masa nak balik tu dah tgh hari, dia mintak naik lagi tapi kami tak bagi sbb dah panas terik cuaca masa tu. So dia balik dengan muka mencuka

Sekitar DARC

Kaunter ini dibuka pada Sabtu dan Ahad

Sebahagian suasana si cafe DARC

Apa yang korang nampak di celah-celah orang yang ramai tu? He he heee…

Posted in Anak-anak, Family | Tagged , , , , , , , , , | 4 Comments

Keramat (2012) DVDrip, AVI, MKV, RMVB, MediaFire

Synopsis
Di tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib telah difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Akibat dari itu, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampong diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang merupakan bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampong dan berlakulah satu peristiwa yang amat dahsyat di mana semua penduduk kampung mati dek cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib.

Di zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai pertistiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa di luar fikiran termasuk Munirah, Isteri Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampong halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah. Siapa sebenarnya dalang dalam perkara ini dan apakah rahsia tersebut?

Pelakon:
Zul Handyblack (Nazmir / Habib), Rabecca Nur (Syazura / Atie), Mon Ryanti (Munirah), Adey Syafrien (Bukhari), Putri Mardiana (Dr. Najwa), Diana Amir (Mustika)

AVI (700MB)

  1. Part 1
  2. Part 2
  3. Part 3
  4. Part 4

Nota: I’m not the uploader of the file(s), I’m only sharing the link that I found from somewhere else

Posted in 2012, Malaysia Movie, Movie Melayu | 8 Comments

Jalan-jalan ke Wong Solo

Salam hormat kepada semua pembaca budiman

Malam tadi, aku sekeluarga telah pergi ke Restoran Wong Solo. Ini semua atas saranan isteri sendiri sebab nak tukar selera selain menghargai ibu beliau yang telah membantu menjahit langsir baru untuk rumah kami. Jadi kami merancang untuk pergi ke cawangan di Shah Alam, sebagai makan malam kami

Wong Solo ni telah mula ada banyak cawangan di Malaysia tetapi semuanya di Lembah Klang. Cawangan terawalnya adalah di Ampang.

Aku mula kenal Wong Solo ni bila salah seorang consultant di pejabat ni membawa kami makan tengah hari di cawangan Kg Baru. Bagi yang minat masakan kampung memang kena la dengan selera sbb Wong Solo ni sebenarnya adalah masakan orang Solo dan memang style kampung.

Malam tadi wife cuba masakan kerapu tiga rasa. Bila dah sampai, kami tengok menarik cara mereka masak. Aku teringat cara Cocoa Beach Restaurant di Langkawi masak lobster. Apa yang mereka buat, mereka korek isi lobster, masak bersama kulit kemudian masukkan semula isi dlm sarung lobster itu. Di Wong Solo, mereka telah hiris isi kerapu itu dan kemudian diletak atas tulang ikan itu semula.

Aku macam biasa, makan sket-sket je dan meminum air kegemaran – alpukat. Aku tengok kat sini takde pulak jual air yg popular di Indonesia – teh botol. Mungkin  air itu popular di tempat tertentu sahaja agaknya.

Wong Solo ni ada menawarkan pakej jugak contoh untuk makan 3 orang, 5 orang dan 10 orang dengan pelbagai set hidangan. Yang pasti, semua set disediakan air mineral sahaja. Nak air jus dan seumpamanya, kena buat side order. Jus trademark Wong Solo ialah Jus Poligami ~ mungkin sebab pemiliknya pengamal poligami agaknya :D

Posted in Family, Makan-makan | Tagged , , , , , , , , , , , , , | 3 Comments