Semai Kangkong Dalam Dulang Semaian

Ini kali pertama semai kangkong dalam dulang semaian.

Ada tak orang semai kangkong dalam dulang semaian macam aku buat? Rasanya macam takde la. Aku buat macam ni sebab masalah tanah yang kurang sesuai kat tempat aku untuk biji benih bercambah. Bila aku cuba semai biji benih dalam dulang semaian bersama tanah yang sesuai, Alhamdulillah… percubaan pertama menampakkan hasilnya – biji benih bercambah. Maka aku cubalah pula semai kangkong dalam dulang semaian.

Semai Kangkong Dalam Dulang SemaianGambar di atas merupakan gambar dulang semaian yang digunakan untuk menyemai benih kangkong. Semaian dilakukan pada hari Sabtu sebelah petang, selepas waktu A’sar. Masih menggunakan tanah yang sama – PeatGrow PeatGro yang dibeli dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Klang. Cuma perbezaan dengan kaedah sebelum ini ialah untuk semai kangkong dalam dulang semaian ini, aku letak dulang semaian yang telah siap diisi dengan biji benih ke atas ‘dulang’ yang berisi air. Tujuannya supaya air akan meresap dari bawah untuk membasahkan keseluruhan tanah dalam lubang-lubang dulang semaian.

Semai kangkong dalam dulang semaian - biji benih aktif - bercambahGambar di atas memfokus kepada beberapa lubang dulang semaian yang diambil pada hari Ahad petang selepas A’sar. Lihat pada baris kedua dari bawah, lubang kedua dari kanan. Apa yang kelihatan di tengah-tengah lubang adalah biji benih kangkong yang telah aktif dan mula menampakkan proses percambahan yang akan berlaku. Cepat bukan?

Memang aku tak sangka semai kangkong dalam dulang semaian juga mampu membantu dalam kes seperti aku. Aku akan cuba kongsikan perkembangan semaian kangkong dalam dulang semaian ini bila ada kesempatan.

Posted in gardening | Tagged , , , , , , , , , , | 6 Comments

Alatan Bertani – Penyodok Tanah

Alatan Bertani - Penyodok Tanah jenama BabaAlatan ringkas ini praktikal bagi saya. Asalnya saya tahu kewujudan alatan ini melalui blog tanamsendiri.com dan bila terjumpa alatan ini di pasaraya, saya dapati alatan ini memang elok dimiliki.

Saya gunakan penyodok tanah ini untuk menyodok tanah dari dalam kampit dan dimasukkan ke dalam pasu atau bekas lain. Alatan ini selain digunakan untuk menyodok tanah pada amnya, boleh juga digunakan untuk menyukat tanah-tanah yang hendak dicampurkan. Ini kerana pada hujung satu lagi penyodok tanah ini bertutup.

Alatan ini dari jenama Baba. Kalau tengok alatan yang sama dari jenama berlainan, mungkin kelihatan alatan dari jenama ini agak mahal sedikit.

Posted in Alatan Berkebun, gardening | Tagged , , , , | 6 Comments

Mitos Berkenaan Logam Emas

Kali ni kita kongsi coretan mitos berkenaan logam emas

Dah macam siri cerita mitos pula ye… he he hee… kebetulan jer… patutnya artikel ni dah lama keluar tapi tertangguh nak buat. Dalam sibuk mencari info pasal pokok markisa terjumpa pulak pasal mitos berkenaan buah markisa, kena la bagi laluan dulu. Jadi kini dicoretkan pula mitos berkenaan logam emas yang ditemui.

Mitos berkenaan logam emasMengikut pandangan sesetengah pihak, mitos ini wujud kerana hendak mewujudkan permintaan terhadap logam emas. Bermakna usaha ini untuk melariskan lagi jualan logam emas, tidak kiralah dalam bentuk apa sekalipun logam emas itu – barang perhiasan, coin atau bar emas.

Jom lihat antara mitos berkenaan logam emas ini yang ada.

  • Mitos berkenaan logam emas #1: Emas akhirnya akan menggantikan matawang fiat

Bank pusat kini telah melihat faedah memiliki aset yang tidak terikat dengan sebarang negara. Cabaran terhadap system kejatuhan kewangan telah menjadikan gold emas aset penting sistem kewangan dan alat kepelbagaian pelaburan yang hebat.

Antara propaganda yang didengari tentang emas ialah “Emas mempunyai sejarah panjang sebagai unit dagangan dan diterima di seluruh dunia“; “Central Banks memegang emas pada kuantiti yang banyak dan telah digunakan pada masa lampau untuk melakukan transaksi antarabangsa

Dikatakan bahawa, tiada sebarang insentif ekonomi bagi negara untuk kembali menggunakan emas sebagai matawang. Tambahan pula, sebarang masalah ekonomi boleh diselesaikan dengan mengubahsuai polisi kewangan. Satu lagi cabaran ialah kesukaran menggunakan emas fizikal.

  • Mitos berkenaan logam emas #2: Emas akan terus meningkat naik harganya

Ramai yang menjangkakan kemungkinan malapetaka ekonomi akan berlaku kerana peperangan dan kejatuhan ekonomi US. Ketakutan itu mendorong orang ramai membeli emas. Bagaimana pun dikatakan perkara itu tidak mungkin berlaku dan jika ekonomi kembali pulih, harga emas akan kembali stabil.

Menurut John Jagerson dan S Wade Hansen, “And, as a store of value, gold tends to perform poorly in an economic environment of high interest rates, strong economic growth and relatively low inflation.” Bermakna emas akan nampak berharga bila kadar faedah rendah, ekonomi yang lembap dan inflasi tinggi.

Emas dikatakan tidak menjana sebarang pendapatan; peniaga membuat spekulasi jangka pendek pada harga emas. Ini tidak akan membantu pelabur tulen yang cuba mencapai objektif kewangan melalui emas.

  • Emas adalah bebas-risiko

Emas dianggap sebagai instrumen yang selamat, bagaimana pun dikatakan perkara itu tidak bermaksud pelaburan dalam emas tiada risiko. Ini dikaitkan dengan kejatuhan harga emas yang berlaku pada penghujung tahun lepas dari paras sekitar USD1900/ounce ke tahap USD1600/ounce dalam tempoh yang dikatakan singkat. Kejadian ini membayangkan bahawa emas tidak immune kepada kerugian di pasaran luar. Kadar risiko pelaburan emas anda bergantung kepada jenis pegangan pelaburan emas anda

Apa pandangan anda terhadap mitos berkenaan logam emas di atas? Percaya atau tidak? Mitos-mitos tersebut saya perolehi dari majalah Personal Money. Saya mempunyai sebab tersendiri apabila saya membeli logam emas, tidak kira dalam bentuk apa sekalipun. Anda bagaimana?

Posted in Gold | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , | 3 Comments

Mitos Berkenaan Buah Markisa

Pernah dengar mitos berkenaan buah markisa?

Saya masih baru dalam hal pokok dan buah markisa atau passion fruit, jadi dari semasa ke semasa cuba jugalah mencari maklumat-maklumat tambahan berkenaan penanaman pokok dan buah markisa ni. Tambahan pulak sebelum ni ada pulak rakan yang menyebut tentang sos markisa atau passion fruit sauce. Makinlah galak nak buat research.

Mitos Berkenaan Buah MarkisaApakah mitos berkenaan buah markisa?

Di bawah ini adalah senarai mitos berkenaan buah markisa. Maklumat ini saya ambil dan cuba alih bahasa dari laman Fruits of Whitsunday

  • Buah markisa adalah baik apabila berkedut
  • Buah markisa lebih bernilai ketika bersaiz kecil
  • Buah markisa variety lain lebih manis berbanding buah markisa Panama (Panama passion fruit)
  • Buah markisa perlu dikutip bila di atas tanah.

Memang sebenarnya segala perkara di atas adalah mitos berkenaan buah markisa semata-mata. Sebenarnya, buah markisa atau passion fruit adalah enak dimakan ketika masih segar atau fresh tanpa sebarang kedutan pada buah. Malahan jus markisa (passion fruit juice) atau sos markisa (passion fruit sauce) dibuat daripada buah markisa yang segar. Jika buah markisa terdapat kedutan bermakna buah tersebut telah mula dehidrat.

Buah markisa yang bersaiz kecil sebenarnya boleh dianggap sebagai buah yang masih mentah atau belum matang. Oleh demikian, buah tersebut belum sesuai untuk dimakan. Maka adalah suatu maklumat yang salah jika hendak dikatakan saiz buah memainkan peranan. Malahan ada kajian mendapati, jenis markisa yang menghasil saiz buah yang lebih besar sebenarnya mempunyai isi dan serat yang lebih banyak berbanding kulit buah itu sendiri.

Di dalam hal buah markisa yang berada di atas tanah, ini bermakna kita perlu menunggu buah markisa tersebut gugur baru boleh diambil. Dalam keadaan ini sebenarnya buah markisa tersebut telah terlalu ranum atau mungkin dalam keadaan mula hendak rosak. Malahan buah yang telah gugur sebenarnya telah mula terdedah kepada pelbagai jenis kotoran dan jangkitan.

Jadi, adakah anda masih hendak percaya dengan mitos berkenaan buah markisa?

Posted in gardening, Informasi | Tagged , , , , , , , | 13 Comments

Bila Pokok Markisa Mula Berbuah

Alangkah seronoknya bila pokok markisa mula berbuah

Apa tidaknya seronok, bukan baru ni aku dok menunggu pokok markisa yang aku tanam nak berbuah, dah lama dah… cuba tengok coretan tentang pokok markisa yang aku tanam di bawah tajuk Penantian Suatu Penyeksaan.

Alhamdulillah… akhirnya penantian itu membuahkan hasil jua… bila pokok markisa mula berbuah selepas ditinjau sekitar awal bulan ini.

Bila Pokok Markisa Mula Berbuah

Antara buah markisa yang terawal dikesan

Bila Pokok Markisa Mula Berbuah
Rasa pelik pun ada bila tengok salah satu biji buah markisa dalam gambar di atas – tidak kelihatan begitu bulat. Perasan tak?

Bila Pokok Markisa Mula Berbuah

Apa yang anda nampak?

Bila Pokok Markisa Mula Berbuah

Gelap sebab tersorok bawah rimbunan pokok

Itulah sebahagian buah markisa yang dapat diambil gambarnya. Antara tujuan utama sebab nak kenal pasti kedudukan buah-buah markisa ini. Maklumlah, pokok terlalu merimbun dalam ruang yang amat terhad. Jadinya banyak buah markisa yang tersembunyi.

Bagi yang berminat dengan pokok markisa ni, pokok markisa ni boleh ditanam melalui semaian biji benih atau keratan batang. Cuma dugaan nak menunggu pokok ini berbuah agak mencabar juga bagi yang kurang sabar :D

Teringat kat remyhazza bila pokok markisa ni mula berbuah

Ialah, dulu dia pernah kata, kat tempat dia, buah ni dibuat sos. Baru aku tau buah ini juga ada dibuat sos, selain dijadikan jus minuman. Cuma aku takde resepi nak buat sos markisa ni. Kalau ada, nak juga cuba buat. Ada yang nak share? :D

Posted in gardening | Tagged , , , , , | 12 Comments